Efiling LHDN | 5 Cara Penjimatan Cukai - Cahaya Hayati

11 Mar 2020

Efiling LHDN | 5 Cara Penjimatan Cukai

Efiling LHDN | Ketahui 5 Cara Penjimatan Cukai . Hi korang! Dah submit efiling LHDN? Ch dah submit last week. Alhamdulillah ada lebihan bayaran cukai. Disebabkan CH dah submit, CH nak kongsi dengan korang 5 cara penjimatan cukai yang korang boleh buat...

Efiling LHDN | 5 Cara Penjimatan Cukai 



#1. Kaedah perlaksanaan perancangan cukai atau tax planning adalah berbeza di antara mereka yang mempunyai pendapatan penggajian sahaja dengan mereka yang memiliki lain-lain jenis pendapatan serta perniagaan.

#2. Bagi mereka yang hanya mendapat gaji sahaja, fokus utama dalam menjimatkan cukai adalah meningkatkan jumlah pelepasan yang boleh dituntut setiap tahun. Sebab itulah perlu ambil tahu secara terperinci mengenai pelepasan cukai. Antara pelepasan cukai yang korang boleh buat dan tuntut adalah:       
  • SSPN  - Rebat RM 8000.00 bagi simpanan tahun semasa dalam SSPN. Paling banyak. So,  korang bolehlah simpan banyak-banyak dalam SSPN.
  • Insurans Hidup/ Kesihatan - Belanjawan tahun lepas telah menetapkan rebat insurans hidup  dan kesihatan adalah RM3000.00. Rugi kalau tak ambil insurans. Bayaran bulan-bulan boleh claim dengan LHDN. 
  • PRS - skim persaraan swasta. Yang ni government bagi sampai tahun 2021. Rebat yang diberikan adalah sebanyak RM 3000. 

#3. boleh melihat apakah ada keperluan untuk membuat pilihan taksiran berasingan berbanding taksiran bersama apabila pasangan mereka juga memiliki pendapatan.

#4. Sseterusnya adalah pada rebat cukai yang boleh mereka perolehi melalui pembayaran zakat pendapatan, simpanan, emas dan sebagainya sama ada dibayar setahun sekali atau melalui potongan zakat bulanan.

#5. Ada satu lagi cara yang ramai tak sedar adalah cuba perhatikan baik-baik apakah ada elaun yang anda terima oleh majikan yang mungkin termasuk dalam pendapatan dikecualikan cukai.

Efiling LHDN | 5 Cara Penjimatan Cukai, penjimatan kewangan, cara jimat cukai, cara dapat balik lebihan bayaran cukai, cukai pendapatan, income tax, tax, cukai, lhdn, lhdn 2020, cara jimat cukai, cukai pendapatan 2020, tips jimatkan cukai perniagaan, tips jimatkan cukai pendapatan, rahsia penjimatan cukai, jimat cukai, khairul amal hashim
Klik SINI untuk pembelian

Pucuk pangkalnya, simpanan, pelaburan dan dokumen-dokumen yang membolehkan pengurangan cukai dibuat wajib disimpan dengan baik untuk tempoh 7 tahun, jadi bila kena audit, tidaklah nanti jadi masalah pula.

1 comment: