Lebih Dasyat Dari Mangsa AIDS, Ini Cara Kebumikan Mangsa COVID-19 - Cahaya Hayati

19 Mar 2020

Lebih Dasyat Dari Mangsa AIDS, Ini Cara Kebumikan Mangsa COVID-19

Lebih Dasyat Dari Pesakit AIDS, Ini Cara Kebumikan Pesakit COVID-19. Seperti yang kita sedia maklum, COVID-19 dijangkiti melalui sentuhan tak kira secara terus dengan pesakit atau menyentuh barang, tempat, fabrik, besi dan apa saja yang disentuh oleh pesakit COVID-19. Sekiranya kita menyentuh tanpa disedari, kita juga mempunyai kebarangkalian untuk dijangkiti. 

Dasyatkan musibah yang melanda dunia kini TAPI masih ramai lagi yang tak sedar dan memandang lewa perkara ini walaupun Perdana Menteri mengisytiharkan Kawalan Pergerakan pada 17hb Mac 2020. Kawalan Pergerakkan bermaksud berada ditempat yang kita berada sekarang. Jangan ke mana-mana mulai 18hb sehingga 31hb. Tujuan Kawalan Pergerakan ini adalah untuk memastikan individu yang dijangkiti Covid-19 dan juga untuk mengawal penularan virus tersebut.

Covid - 19 | Itali vs Malaysia as of 18 March 2020

Bila tak faham dan memandang sambil lewa, statistik negara kita hampir sama dengan negara Itali. Adakah negara kita akan menjadi seperti Itali? Jumlah yang dijangkiti akan meningkat dan terus meningkat atau semakin menurun? Kita tunggu dalam masa 2 minggu ini. So, korang pun disiplin kan diri untuk tidak kemana-mana hatta pulang ke kampung pun ditakuti kita menjadi penyebar virus tersebut di tempat yang tiada virus. 

So, bagi yang belum ketahui cara pengebumian mangsa Covid 19 adalah seperi di bawah.

Lebih Dasyat Dari Pesakit AIDS, Ini Cara Kebumikan Pesakit COVID-19


Mangsa COVID-19 yang meninggal dunia, ahli keluarga tidak boleh pun tatap wajah mereka.Tak boleh pikul bawa ke kubur, tak boleh tolong tanamkan. Ini kerana virus yang ada pada tubuh mereka masih aktif hingga beberapa jam/hari.

Petugas khas sahaja boleh kebumikan dan urusan mandi mayat guna prosedur ketat. Tiada sesiapa boleh mendekat. Tidak ada solat jenazah seperti mayat normal lain.

Lebih Dasyat Dari Pesakit AIDS, Ini Cara Kebumikan Pesakit COVID-19, cara kebumikan mangsa covid-19, cara kafan mangsa covid-19, cara kafan covid 19, cara uruskan mayat covid -19, cara kebumikan mayat orang islam mangsa covid 19, covid 19, cara uruskan kematian mangsa covid 19, tatacara pengurusan jenazah islam bagi jangkitan EVD, tatacara pengurusan jenazah islam bagi jjangkitan covid 19
Tatacara pengurusan jenazah islam bagi jangkitan EVD ( E-Bola)  dan covid -19

Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman, amin.

Nampakkan pesakit Covid-19 adalah lebih dasyat dari pesakit AIDS yang mana aids hanya berjangkit melalui darah, perkongsian jarum, hubungan kelamin dan bukannya sentuhan biasa pada tubuh atau barang yang di gunakan oleh pesakit Aids.

Lebih Dasyat Dari Pesakit AIDS, Ini Cara Kebumikan Pesakit COVID-19, cara kebumikan mangsa covid-19, cara kafan mangsa covid-19, cara kafan covid 19, cara uruskan mayat covid -19, cara kebumikan mayat orang islam mangsa covid 19, covid 19, cara uruskan kematian mangsa covid 19, tatacara pengurusan jenazah islam bagi jangkitan EVD, tatacara pengurusan jenazah islam bagi jjangkitan covid 19
Mangsa Covid-19 dikafankan dengan plastik terang
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Menteri Hal Ehwal Agama, sekiranya berlaku kematian akibat virus Covid-19 jenazah perlu diuruskan melalui prosedur tayammum. Dalam kenyataan itu, dinyatakan jenazah mangsa Covid-19 hanya ditayammum atas balutan plastik berdasarkan muzakarah berkaitan hukum pengurusan mayat pesakit ebola, kata Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Datuk Dr Zulkifli juga berkata bahawa kaedah itu dibuat pada permukaan beg berdasarkan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada Februari 2015.

Ayuh Malaysian, kita sama-sama perangi wabak bahaya ini. Sama-sama kita berganding bahu dan memberi kerjasama atas semua arahan yang diberi.

Kita mampu melawan wabak ini jika patuh pada arahan yang diberikan. In sha Allah.


No comments:

Post a Comment