COVID - 19 | Mentaliti Dan Kedegilan Rakyat Malaysia - Cahaya Hayati

15 Mar 2020

COVID - 19 | Mentaliti Dan Kedegilan Rakyat Malaysia

COVID - 19 | Mentaliti Dan Kedegilan Rakyat Malaysia. Sekali lagi CH nak up tentang Covid - 19. Terkejut melihat jumlah kes telah meningkat ke 428 dalam masa sehari dengan 190 kes baru.. Menakutkan dan pernah tak korang fikir kenapa ia tersebar dengan meluas? 

Malaysia covid-19 as of 15/3/2020


Pasti ada yang jawab nak buat camna, benda tak nampak dan tak tahu dah dijangkiti covid-19. Ye benda tak nampak dan tak tahu tapi rasanya simptom-simptom covid-19 dah di sebarkan dengan meluas. Malah kementerian kesihatan sendiri telah meminta mana-mana orang yang keluar negara untuk kuarantin diri sendiri selama 14 hari. Termasuklah pekerja mana-mana premis yang telah dijangkiti. Tapi....

Korang tahu tak apa yang orang kena kuarantin ni buat tanpa rasa bersalah? 

Kes kuarantin di hotel yang CH dengar ni kuarantin diri selama 14 hari di hotel agar tak menjangkiti ahli keluarga tapi si pesakit ni turun makan minum dan jalan-jalan di sekeliling hotel sampailah dia positif covid - 19. Akhir sekali, hotel ni yang kena tutup. Korang rasa golongan mana yang mampu duduk hotel lama-lama ni? Confirm golongan elitkan dan cuma ia tak didedahkan.. 

Kes terbaru berlaku di tempat kerja CH di penang. Pekerja kilang yang dikuarantin selepas seorang pekerjanya positif covid 19, bebas ke tempat awam dengan bangganya bercerita yang dia kena kuarantin walaupun hasil pemeriksaan negatif. Bangga ke jalan sana-sini walaupun dah disuruh kuarantin? Tak pasal-pasal tempat kerja CH cawangan Perda kena tutup bagi kerja pembersihan dan sterilisation. 

Semalam, CH ke tempat kerja di Butterworth sebab tertinggal wallet.. Sebelum pergi call guard untuk pastikan CH boleh masuk dalam office. Guard pesan supaya lalu pintu belakang sebab ada parents yang anak kena kuarantin bawa anak ke situ. Bangga bercerita kepada staff yang bertugas yang anak dia kena kuarantin. Huhu macam sengaja menyebarkan virus pun ada. Dan cawangan Butterworth pula kena tutup awal. 

Cuti sekolah ni, ada lagi parents yang bawa anak ke tempat-tempat tumpuan orang ramai. Tak takut ke? 

Berdasarkan kepada kes-kes di atas, CH rasa mentaliti dan kedegilan rakyat Malaysia yang menyebabkan virus tersebar dengan cepat. Yang kena kuarantin ni faham tak makna KUARANTIN? 

kuarantin bermakna BERPANTANG. Tahukan berpantang? Kalau tak tahu, tengok ibu-ibu yang bersalin kena pantang 44 hari tak boleh keluar rumah. Ha macam tulah korang kena kuarantin. Jangan kemana-mana dalam masa 14 hari. Cuma korang boleh makan apa saja. Ibu bersalin ada makanan yang kena pantang. Faham tak? 

So, korang yang disuruh kuarantin tu tolong jadi manusia yang cerdik dan bijaksana sikit. Kita boleh bendung penularan covid-19. In sha Allah.. Semoga kita semua selamat dari Covid-19. 

2 comments:

  1. Betul tu sis.. kdg sedih juga ada segelintir org masih x sedar lagi betapa seriusnya perkara ini.. syukurlah skrg dah masuk cuti sekolah.. dah lah sy pun selalu hantar adik ke skolah, mask n sanitizer pun dah habis...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum sis Yatizul, Selamat hari jumaat. Jemput sertai giveaway mac dengan 16 hadiah wang tunai terkumpul RM900.

    Sangat mudah untuk sertai. 5 minit dah boleh setel. KLIK SINI UNTUK SERTAI

    Jemput meriahkan ya. Kalau sambutan menggalakkan, boleh buat tiap tiap bulan.

    ReplyDelete