Sedapnya Chinese Food Di Greentown Dimsum Cafe - Cahaya Hayati

3 Apr 2019

Sedapnya Chinese Food Di Greentown Dimsum Cafe

Sedapnya Chinese Food Di Greentown Dimsum Cafe. Hai korang. Tak habih lagi cerita jalan-jalan kat Ipoh hari tu. Kena update juga bila ada kesempatan. Kalau tak, sampai ke sudah tak update dalam blog. hihi. So, lepas keluar dari MAPS, masing-masing dah lapar balik. Cakap kat husband jomlah cari makan siap-siap sebelum balik hotel. Bukan apa, kalau balik hotel nanti dia dah malas nak keluar sebab masing-masing dah letih. So, better makan siap-siap. Kalau malas nak keluar, kita jalan kaki saja cari makan sekitar hotel. Husband setuju. So, destinasi minum petang aka early dinner kami adalah Greentown Dimsum Cafe. 

Dimsum Greentown Cafe adalah restoren yang menyediakan makanan china halal. Bukan setakat dimsum saja malah ada pelbagai pilihan menu chinese food. So, pilih saja yang mana korang rasa nak makan. 

Ini adalah antara menu yang ada di Greentown Dimsum Cafe. 

dim sum cafe greentown




Dah order dan sebelum sampai kita wefie dulu...


First menu yang sampai, pilihan kakak Aisya iaitu Wantan Mee. Pilihan kakak Aisya adalah wantan mee kosong. So, dapatlah yang kosong.... Rasa sedap dan kena dengan selera kami sekeluarga. 



Pilihan husband pula adalah Deep Fried Radish Cakes. Memula ingatkan apa bendalah kek goreng ni. Order juga sebab husband teringin nak rasa. Sekali sampai penuh dengan taugeh. Ingatkan nasi himpit rupanya fish cake yang di goreng dengan taugeh. Rasa lebih kurang macam char koay teow tapi lagi sedaplah. Recommended untuk korang cuba juga. 




Mix Dim Sum pilihan Abang Ammar dan Aisy. Depa dua memang suka makan dimsum ... Tapi dimsum bulat tu ada cili padi. Sekali gigit saja terus dia takmau. Mommy juga kena habiskan. 



Ini pula pilihan mommy. Dupling Noodle Soup. Tetiba rasa nak makan sup pula. So, cubalah dupling noodle soup. Sedap dan boleh order lagi.


Ini pula pilihan menu tambahan. Mommy tambah pau kacang merah sebab nak rasa pau tu. Tengok gebu gebas saja...  Tapi ketiga-tiga biji pau tu dihabiskan oleh Aisy. Sempat rasa sesuap saja..  Sedap. Sejak makan pau nilah Aisy dah suka makan pau kacang merah. So, boleh order lagi. 


In sha Allah bila singgah sini lagi, mommy nak rasa pau durian pula... Teringin. Hahaha

Okaylah bagi korang yang nak makan atau nak rasa makanan chinese boleh mai sini. Recommended dan confirm korang puashati. 

Green Town Dimsum Café

10, Persiaran Greentown 4, Pusat Perdagangan Greentown, 30450 Menglembu, Negeri Perak



4 comments:

  1. Chinese food memang favourite saya kak. Kalau datang sini nanyi nak singgah makan lah

    ReplyDelete
  2. semua pun nampak sedap Cik T :)

    ReplyDelete
  3. dah lama tak makan wantan mee sedapnya

    ReplyDelete