Kari Mamak Vs Gulai Melayu. Weekend baru-baru ni, mommy ikut suami pergi ride jalan-jalan cari makan. Mommy ikut saja, pemilihan tempat semua suami dan kawan-kawan dia. Keluar dari rumah pukul 9 pagi. Meet point dekat Shell BKE. Rasanya situ dah jadi port bikers berkumpul sebelum gerak ke destinasi pilihan. Dari Shell BKE, gerak ke Roti Canai Transfer Road. Sampai ja sana, ramai ja oranggggg.. Yang beratur, yang tengah makan dan yang dok tunggu pun ramai. Last decide ke Roti Canai Jalan Argyll. Dekat saja dari roti canai Transfer Road.
So, pukul 10.30 baru sampai untuk breakfast. Nasib baik orang tak ramai dan hanya ada satu saja meja kosong. Rezeki kami la juga. Alhamdulillah.
Roti Canai Argyll Road ni terkenal dengan roti canai yang lembut bersama kari ayam, daging ataupun kambing. Di sebabkan hari sabtu ada kenduri dan dah banyak makan daging, maka pilihan kali ini adalah roti canai bersama kari ayam. Sedap! Rasa nak tambah roti tu tapi suami dah cakap, satgi kita nak makan nasi pula. okay okay... control makan. hahaha
Inilah geng ride dan kawan sekilang suami. Yang sorang tu saja tak bawa isteri sebab isteri dia keja. Sian dia sorang-sorang.
Lepas breakfast, kami terus gerak ke Balik Pulau melalui Batu Feringghi dan Teluk Bahang. Destinasi kami adalah ke Eryna Cafe yang terletak Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau. Eryna Cafe terkenal dengan gulai panas-panas. Pilihan ikan pun pelbagai...
Menu utama ofkos lah Gulai. Tapi Kepala ikan ni bukanlah pilihan kami... Yang ini kawan suami punya. Mommy ambik gambar saja...
Ni baru kami punya. Dua ketul isi ikan Jenahak. Specialnya Gulai di Eryna Cafe ialah gulai ini ditambah dengan daun kesum dan bunga kantan. So, rasa dia lain sikit dari kari biasa. Lebih sedap gituuuu.
So, kalau korang datang ke Balik Pulau, boleh lah singgah sini untuk merasa keenakkan gulai melayu orang Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment