Hai korang. Korang tahu tak ASNB dah ada apps. Baru lagi dan korang harus download sekarang sebab ASNB tawarkan RM10 kepada semua pencarum yang download Apps MyASNB. Untungnya!! Download apps saja dah dapat RM10 dalam bentuk unit amanah ... Rugi tau kalau korang tak download apps ni.
RM10 Unit Amanah Dengan Hanya Download Aplikasi MyASNB |
Dapatkan RM10 Unit Amanah Dengan Hanya Download Aplikasi MyASNB
Kempen ini akan bermula pada 21 April 2019 sehingga 20 Mei 2019, atau sehingga lima ribu (5,000) pemegang unit yang layak dipilih untuk mendapat unit amanah bernilai Ringgit Malaysia Sepuluh (RM10) secara percuma, yang mana lebih awal (“Tempoh Kempen”). ASNB berhak untuk mengubah, menangguhkan, menjadualkan semula atau melanjutkan Tempoh Kempen atas budi bicara mutlaknya. So, kiranya kempen ni sapa cepat dia dapatlah. Hopely mommy antara 5,000 orang yang terawal...
Kempen ni nampak mudah tapi ada syarat-syaratnya iaitu :-
- Peserta mestilah seorang pemegang unit mana-mana tabung unit amanah yang diuruskan oleh ASNB;
- Peserta mesti memuat turun aplikasi mudah alih myASNB dan berjaya membuat pelaburan minimum sebanyak Ringgit Malaysia Satu Ratus (RM100) setiap transaksi ke dalam akaun sendiri dalam mana-mana tabung unit amanah ASNB (“Pelaburan”);
- Pelaburan mesti dibuat melalui aplikasi mudah alih myASNB, yang boleh dimuat turun daripada Google PlayStore dan Apple App Store; dan
- Pelaburan mesti dibuat dalam Tempoh Kempen.
Hadiah RM10 unit amanah ini akan di kredit ke akaun pemegang unit amanah selepas 30 hari kempen tamat. Lebih kurang dalam 20 june gituuuu.
Yang menarik tentang Apps MyASNB ni adalah :-
- Lihat potfolio pelaburan
- Paparan baki akaun
- Melakukan pelaburan tambahan
- Pelaburan baru dalam dana lain
- Menyemak transaksi baru
- Muat turun penyata akaun
- Menyemak harga dana atau unit amanah
- Kemaskini profile
- Mencari cawangan ASNB terdekat
Bagi yang ingin muat turun aplikasi ini, boleh terus ke segera dan buat carian myASNB Google Play dan myASNB App Store . Maklumat lanjut bolehlah layari laman web MyASNB
No comments:
Post a Comment