Sarapan Pagi Di Restoren New Hollywood Ipoh - Cahaya Hayati

24 Apr 2019

Sarapan Pagi Di Restoren New Hollywood Ipoh

Assalamualaikum & selamat pagi. Dah sarapan ke? Kalau dah bagus sangat. Kenyang perut, hati pun senang nak buat kerja. Entry ni dah lari jauh dari entry sebelum ni. Hihi... Lupa sangat nak up tempat sarapan pagi yang sedap di Ipoh ni. Dah viral dan rasa rugi pula kalau kita dah sampai Ipoh tapi tak merasai sendiri makanan di tempat tu. So, tempat makan pagi yang sedap ni adalah Restoran New Hollywood. Mommy ingatkan jauh dari hotel tempat mommy stay tu.. Rupanya dalam 15 minit saja dah sampai Restoran New Hollywood ni. 

Restoren New Hollywood

Sampai-sampai saja memang customer dah penuh, fullhouse gitu. Kena tunggu meja kosong.. Apa yang mommy perhatikan di Restoran New Hollywood ni, ia adalah restoran untuk semua rakyat Malaysia. Ada stall cina, melayu dan India. Untuk stall cina pun ada orang melayu yang kerja.. Pelanggan pun berbilang kaum... Harmoni. 

Restoren New Hollywood

Dah dapat tempat duduk, kami pun orderlah apa yang orang kata sedap kat sini... Alhamdulillah memang sedap dan kena dengan tekak. 

Restoren New Hollywood
Char Koay Teow tanpa sayur

Restoren New Hollywood
Kuih Kapit

Restoren New Hollywood


Restoren New Hollywood
Tak tahu nama apa tapi macam yong tau foo yang di goreng garing. Sedap

Restoren New Hollywood
Wantan mee lagi... 


Restoren New Hollywood, wantan mee
closed up wantan mee

Restoren New Hollywood
roti telur goyang

Restoren New Hollywood
Dim sum 
Punyalah banyak menu yang di order. Cuma satu menu saja yang tak dapat nak rasa iaitu Chee Cheong Fan. Stall tu tutup masa kami pi.. Harga? Maaflah tak tahu sebab encik suami yang jadi tukang order dan bayar. Mommy dok kat meja saja sambil layan anak-anak.

So, kalau korang datang Ipoh, jangan lupa tau singgah sini. 


No comments:

Post a Comment