Nasi Kerabu Sedap Di Permatang Pauh. Duduk utara ni nak cari menu pantai timur senang saja tapi nak cari yang betul-betul sedap agak susah. Lain orang lain resepi. So, nak jumpa yang kena dengan selera susah sikit. Macam mana mommy boleh jumpa gerai ni? Adalah suatu hari tergerak hati nak singgah walaupun dah selalu lalu dan nampak tapi tak terasa nak singgah. Singgah tapi beli bungkus saja... Bila makan sedap siot. Terus ajak husband repeat sebab nak makan lagi nasi kerabu sedap di Permatang Pauh.
Restoran Kak Sal Kelate, Permatang Pauh
Tempat Nasi Kerabu sedap yang mommy dok cerita ni adalah Restoran Kak Sal Kelate yang menyediakan masakan Pantai timur seperti Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Nasi Berlauk, Pulut Durian, Kuih Akok dan juga laksam. Menu yang momy pernah rasa setakat ni adalah nasi kerabu dan kuih akok. Sedap sampai nak repeat lagi tapi nak try menu lain pulak. hihi
husband punyer - nasi kerabu daging bakar ayam panggang dan telur masin |
Mine - nasi kerabu daging bakar dan solok lada |
Nasi kerabu di Restoren Kak Sal Kelate menyediakan pilihan lauk seperti ikan goreng, daging bakar dan ayam panggang. So, pilih saja yang mana korang mahu..
Paling best korang boleh rasa kuih Akok panas-panas. Dibakar di situ juga... Sedap. Mommy tapau 10 biji. Sebiji 60 sen...
Restoren Kak Sal Kelate di buka mulai jam 8 pagi sehingga 7 malam dan di tutup pada hari Isnin. Kalau nak datang, korang boleh follow alamat ni atau google maps di bawah.
kuih akok panas-panas |
Restoren Kak Sal Kelate
Simpang Hiway BKE, 13500, Jalan Permatang Pauh, Taman Janggus, 13500 Permatang Pauh, Penang
dok lalu sokmo kedai ni hahaha.. suka gak Nasi Kerabu tapi xdela fevret.
ReplyDeletekadang2 tu memang rasa tingin nak makan. boleh singgah lepas ni =D
tetiba terasa nak cari nasi kerabu plak
ReplyDelete