Jamu Selera Di Dapur Penyet. Lama dah tak hanging out dengan kids. Kalau pergi pun dekat-dekat saja sebab kejar masa tuisyen, mengaji dan lain-lain aktiviti. Jadi masa raya tempohari, alang-alang tak balik kampung, kami bawa anak-anak hanging out di Sunway Carnival. Lama dah anak-anak tak jejak shopping complex sejak case HFMD tular. Bila bawa ke sini, sukalah depa.
Alang-alang keluar jalan-jalan, mommy memang tak masak lunch. Dah siap planning nak makan kat mana. Mommy bagi 3 pilihan tempat makan yang ada di Sunway Carnival kat depa, depa pilih Dapur penyet sebab nak makan nasi ayam penyet.
So, inilah gambar-gambar yang mommy sempat snap masa makan nasi ayam penyet di Dapur Penyet. Sebab dah lama tak makan kot, rasa dia sedap sangat. hihi... Sorang satu set nasi ayam penyet, air pilihan masing-masing.
Untuk air pula, mommy suka Milo Dinosour. Heaven! Banyak dia tabur milo atas tu...
Lepas makan aka jamu selera kami gerak untuk bagi anak main belon pula. Mommy update pasal belon ni dalam entry yang lain yer...
Best...jom ayam penyet..hehe
ReplyDeleteFirst time dengar nama air Milo Dinosaur tu. Menarik betul namanya. hihi.
ReplyDelete