Imaan Serum Susuk Beradu Dengan Emas 24K Membantu Memulihkan Kulit Wajah. Baru-baru ini mommy ada membuat rawatan wajah di sebuah spa yang berdekatan dengan rumah. Sambil buat facial tu, beautician spa tersebut mencadangkan mommy menggunakan serum emas bagi memulihkan kulit wajah mommy yang ada jeragat, parut jerawat dan jerawat yang naik bila tersalah makan. Dalam hati betul jugak... Balik dari spa tersebut, mommy tercari-cari serum emas yang ada di pasaran. Banyak jenama rupanya tapi yang paling mommy berkenan adalah Serum Susuk Beradu dengan emas 24K keluaran Imaan Suci World di bawah syarikat bumiputera WOW Mission Sdn. Bhd.
Imaan Serum Susuk Beradu Dengan Emas 24K Membantu Memulihkan Kulit Wajah
Mesti korang tertanya-tanya kenapa mommy memilih Imaan Serum Susuk Beradu ni? Perkara pertama yang mommy tengok apabila membuat perbandingan produk dengan jenama lain, mommy dapati Serum Susuk Beradu mempunyai kandungan emas yang lebih berbanding dengan jenama lain. So, bila pakai memang akan nampak bintik-bintik emas di muka. Hihi .. Jangan risau sebab serum ni halal, ia di hasilkan di kilang bertaraf GMP dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Serum Susuk Beradu dengan Emas 24K |
Seperti yang kita tahu, emas dapat membantu untuk menghilangkan kedut, jeragat dan masalah penuaan yang lain. Begitu juga dengan Serum Susuk Beradu.. Ia mempunyai kelebihan yang tersendiri. Jom semak kelebihan- kelebihan yang ada pada Serum Susuk Beradu ni..
Kelebihan Imaan Serum Susuk Beradu
Kelebihan produk adalah keyword atau kata kunci penting apabila ingin mencuba sesuatu produk sebab kita tahu semua produk akan ada kelebihannya yang tersendiri. Begitu juga dengan Imaan Serum Susuk Beradu.Antara kelebihan Imaan Serum Susuk Beradu adalah ..
Serum susuk beradu |
- Melambatkan penipisan kolagen dan meransang kolagen baru
- Menegangkan dan memudakan kulit
- Merawat kerosakan akibat sinar matahari
- Meningkatkan keanjalan kulit
- Mengurangkan kedutan, Melambatkan penuaan kulit
- Memudarkan jeragat dan kesan jerawat
- Menjadikan kulit glowing
- Merawat jerawat, jeragat
- Mengurangkan kedutan
- Menjadikan kulit wajah lebih sihat dan cantik
Cara Pakai Imaan Serum Susuk Beradu
Serum ini boleh digunakan untuk tiga tujuan iaitu :-
- Sebagai serum malam dan siang
- Sebagai makeup based atau primer
- Campur Bersama foundation , krim pelembap atau sunblock
Cara menggunakannya pun mudah saja. Follow step di bawah ni:-
- Sapu/ titiskan serum pada dahi, pipi kiri dan kanan, atas hidung, dagu dan leher
- Sapu rata ke seluruh wajah dan leher
- Tepuk-tepuk manja untuk penyerapan yang optimum
Kenapa Imaan Serum Susuk Beradu Menjadi Pilihan?
Kalau kat atas mommy dah nyatakan sebab Imaan Serum Susuk Beradu menjadi pilihan mommy di sebabkan kandungan dan kelebihannya. Iyaa, itu memang salah satu sebabnya tapi sebab-sebab lain yang boleh mommy kongsikan di sini selepas menggunakannya selama 14 hari adalah... Mommy guna serum ni di waktu malam saja sebab waktu malam adalah masa terbaik untuk merawat kulit wajah. So, dengan bantuan Serum Susuk Beradu mommy dapat merawat kulit time tidur. hihi..
Kali pertama guna serum emas 24K |
Kesan ketara selepas menggunakan Serum Susuk Beradu adalah kulit muka rasa tegang selepas guna. Cepat betul serapannya. Bila bangun pagi rasa lebih segar, tidak berminyak, bersih dan glowing.
Untuk jeragat dan parut jerawat juga dah nampak pudar. Moga dengan pemakaian Serum Susuk Beradu ni secara berterusan, ia dapat membantu mommy mendapat kulit wajah yang sekata. Tiada lagi tompok gelap yang menjadikan wajah mommy nampak lagi tua dari usia sebenar. In sha Allah.
Serum ini juga berkesan untuk menghalang pertumbuhan jerawat baru. Bukan kata tak naik langsung, naik tapi tak sebanyak sebelum menggunakan Serum Susuk Beradu ni..
Kecil tapi sangat berkesan |
Setakat ini saja yang mommy boleh ceritakan tentang kesan menggunakan dan mengamalkan Serum Susuk Beradu selama 14 hari. Untuk kesan yang lain. marilah kita tengok testimoni atau maklumbalas dari pengguna yang lain.
Testimoni Imaan Serum Susuk Beradu
Testimoni 1 |
testimoni 2 |
testimoni 3 |
Amacam? Ada rasa nak cuba Imaan Serum Susuk Beradu tak? Jangan risau sebab semua produk Imaan Suci World di jual dengan harga mampu milik. Begitu juga dengan Serum Susuk Beradu ni. Harganya RM 60 saja untuk satu botol 10ml.
Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-
Website
Facebook
Instagram
No. Telefon
019-286 2828
Email
Inquiry@imaanworld.com
Bestkan Serum ni muka tegang je, BTW zira pun agent imaan, hihi kalau ada yang nak boleh pm 0193922261
ReplyDeleteNampak ramai dah pakai susuk beradu ni..makin cantiklah kulit lepas ni ye
ReplyDeleteMacam best je kan.. Tapi produk utk muka ni kita kena pilih sesuai dgn kulit kita, setakat ni akak sesuai dgn 1 produk ni...lelah juga mencuba sebelum ni utk jumpa yg betul2 serasi.. Pada yg masih mencari, mungkin serum ni pilihan yg tepat👍😍
ReplyDelete