Gotong Royong Masak Bubur Asyura. Masuk bulan saja bulan Muharram terus teringat bubur Asyura yang sedap. Tambah-tambah bubur Asyura yang banyak bahan. Di Malaysia, bubur Asyura ada banyak versi tapi mommy paling suka yang versi kedah. Tak keras dan tak lembut sangat. Just nice gitu...
|
bubur asyura kedah |
Nak di jadikan cerita, adik beradik husband yang plan nak buat. Depa tiap-tiap tahun buat... Mommy join bila free saja. Kebetulan semalam pakat cuti terus jalankan apa yang di plan.. Master chef pula mak mertua nombor 2 ( mak tiri husband). Sampai di rumah abah dah pukul 10 pagi. Terus buat apa yang patut.
|
bancuhan santan, tepung dan garam di masak terlebih dahulu |
Nak buat bubur Asyura ni memang perlukan kesabaran yang tinggi sebab kena rebus dulu bahan yang nak di masukkan tu. Kalau tak nanti takut ada yang tak masak... Lepas rebus bahan-bahan, masak pula air gula merah dan tapiskan. Lepas air gula, kisahkan santan pula. Kena asingkan santan cair dan santan pekat sebab santan cair digunakan untuk bancuh tepung. Santan pekat pula di masukkan selepas tepung masak dan agak pekat.
|
Bahan yang di rebus kacang hijau, kacang kuda, ubi keledek, kacang merah dan jagung |
|
Bahan yang di rebus kacang hijau, kacang kuda, ubi keledek, kacang merah dan jagung |
Yang paling tak best sebab kena sentiasa kacau. Time mengacau ni memang ramai yang ngelat. Mommy ambik part kacau time baru masak. Tak sanggup nak kacau masa dah pekat dan semua bahan telah di masukkan. Part tu kita serah kepada tenaga lelaki yang kuat dan gagah perkasa. hahaha..
|
Akhir sekali baru masukkan bahan yang telah di rebus |
|
Part mengacau sesama akhir kena serahkan kepada lelaki... |
Alhamdulillah siap dan menjadi dengan elok. Bertambah sedap bila rasa lemak dia cukup... Penat yang berbaloi.
|
Inilah hasilnya.... |
Di sebalik tabir buat bubur Asyura ni, kami bahagikan tugas. Ada yang masak nasi dan lauk di dapur, ada yang jaga anak-anak kecil dan selebihnya kacau bubur Asyura lah. Ni pun ada yang tak dapat join sebab bekerja... Bila pakat ada tugasan masing-masing, kerja yang berat rasa senang. Malah dapat mengeratkan hubungan persaudaraan.
|
Masak kat luar sambil bersila lagi... |
|
Tukang masak dalam rumah pula.. |
|
Hidangan tengahari semalam... |
Korang pula, apa aktiviti di Hari Malaysia?
Bestnya jika ada gotong royong mcm ni meriahh rasa😃
ReplyDeleteZianaeunos.com
Linda xpernah buat lg.makan pun jrg2 ..nmok mcm best ni
ReplyDelete