Tak Sangka Blog Cahaya Hayati Dah 1000 Entry - Cahaya Hayati

10 Aug 2017

Tak Sangka Blog Cahaya Hayati Dah 1000 Entry

Tak Sangka Blog Cahaya Hayati Dah 1000 Entry ~ Alhamdulillah. Tak sangka mommy mampu menulis sehingga 1000 entry walaupun ambil masa yang lama berbanding dengan blogger lain yang 1 atau 2 tahun dah 1000 entry... Malah ada blogger satu tahun saja dah 1000 entry malah lebih. Rajinkan blogger tu... Mommy nak buat 30 entry sebulan pun susah. Mungkin sebab mommy blogger separuh masa tapi mommy memang respek kepada blogger yang mampu up minimum 3 entry satu hari. Yang lebih lagi lah mommy respek. 



Apa yang mommy tulis untuk mencapai 1000 entry? macam-macam yang mommy tulis untuk mencapai 1000 entry antaranya lifestyle, kisah atau aktiviti mommy sekeluarga dalam CH daily, Parenting, tips, vacation, review free dan juga review berbayar. Untuk review free selalunya mommy review restoran dan hotel yang mommy pergi. 



Dulu mommy selalu kongsi resepi di blog ni tetapi sejak tahun lepas mommy decide untuk buat satu blog resepi. So, kalau nak resepi boleh baca di www.cucurkembung.blogspot.my. Cucur kembung tu cucur yang tengah viral sekarang. Tak sangka cucur tu viral pula. Dulu tak pemes pun. hahaha


Untuk mencapai 1000 entry ni mommy mula serius menulis blog pada tahun 2010. Entry mommy yang pertama adalah pada tahun 2004 tapi mommy dah delete. So, anggap sajalah mommy mula menulis pada tahun 2010. Lama kan blog ni wujud. hihi.


Kalau korang perasankan, tahun 2015 merupakan tahun paling banyak entry. Tu tahun mommy join AFB atau dulunya EFG. Bila dah join AFB baru tahu tentang SEO, tentang blog, UV PV dan juga merupakan tahun mula mendapat tawaran untuk review. Alhamdulillah AFB memang membuka mata dan minda mommy tentang dunia blog. So, korang yang nak tahu tentang dunia blog... Boleh lah PM mommy irra rayyan. Korang akan di ajar macam-macam tentang blog serta ada pakar adsense juga. 

Bila dah berada dalam dunia blogging, mommy tak akan berpatah balik sebab mommy dah nampak future dunia blogging. In sha Allah pendapatan dalam dunia blogging atau media social influencer juga luas. Yang penting kena gali ilmu sebanyak mungkin. Tak tahu kena berguru...

Usaha!
Usaha!
Usaha!

Oklah. Cukup setakat ini saja bebelan mommy. Nak sambung buat keja. Bye!



1 comment: