Syoknya Shopping Masa Merdeka! Merdeka! Sale - Cahaya Hayati

28 Aug 2017

Syoknya Shopping Masa Merdeka! Merdeka! Sale

Syoknya Shopping Masa Merdeka! Merdeka! Sale. Sebut pasal shopping, mommy memang suka shopping sebab nak lengkapkan apa yang takde. Shopping yang penting-penting saja terutamanya time sales. Kalau takdak sales jangan haraplah sebab mommy sedang mempraktikkan diri menjadi kedekut dan hari tanpa duit. Hihi nak mengejar status jutawan dunia dan jutawan akhirat. So, bila dah bersara nanti bolehlah mommy berehat dan menikmati dunia persaraan dengan aman dan tenang di samping keluarga terchenta.


5 PERKARA TENTANG MALAYSIA


Oh yer, sebut tentang merdeka... Apa yang korang fikirkan yer? Apa yang korang suka menjadi warganegara Malaysia? Mommy? Apa ek? Ok ok... just kidding. Mommy suka menjadi rakyat malaysia di sebabkan banyak sebab sebenarnya. Takpe mommy senaraikan 5 yang paling utama di sini.. Karang kalau senarai banyak-banyak korang tak larat nak baca pula.

  • Suka menjadi rakyat Malaysia kerana MALAYSIA. Malaysia adalah sebuah negara yang aman, ada pelbagai bangsa, budaya dan etnik, bahasa etniknya yang tersendiri dan juga semangat rakyat Malaysia itu sendiri.

  • Yang kedua mommy suka menjadi Malaysian adalah sebab MAKANAN. Bila ada pelbagai bangsa dan etnik, maka makanan pun pelbagai dan semuanya masuk selera mommy ni.. kah kah dasar kuat makan.

  • Yang ketiga adalah TEMPAT PERCUTIAN. Malaysia ada banyak laut, pantai, air terjun serta hutan yang sangat sesuai untuk percutian. Pilih saja yang mana kita nak...

  • Yang ketika mestilah tentang PENDIDIKAN. Kalau kerajaan tidak menitikberatkan dasar pendidikan dan memberi peluang kepada rakyat, mommy rasa mommy tak akan berjaya seperti sekarang. 

  • SHOPPING. Of course la bila ada sales terutamanya Merdeka! Merdeka! Sale. Semua jenama tawarkan diskaun hebat. Mommy boleh dapat barang yang di idamkan.



Merdeka! Merdeka! Sale


Oh yer sebut pasal shopping, mommy nak habaq yang Lazada tengah buat Merdeka! Merdeka! Sale di mana diskaun yang di tawarkan adalah sehingga 80%. Sales ni bermula dari 25 sehingga 31 Ogos 2017. Cepat-cepat cari barangan idaman korang... 

Macam biasa, mommy masih ada list yang belum dapat lagi tahun ni....  So, inilah 2 produk idaman mommy. Ehemmm sambil jeling akaun bank... hahaha

2 Produk Idaman Ketika Merdeka! Merdeka! Sale

Tahun ni belum ada handbag baru lagi.. So, shopping ketika Merdeka! Merdeka! Sales adalah waktu yang tepat sebab dok tengok handbag ni sejak awal tahun hari tu lagi. Murah 50% youuuu! Dan haruslah mommy beli... 

Carlo rino

Sejak Aisy lahir sampailah dia berumur 3 tahun ni, mommy asyik beli flat shoes saja. Senang nak ligan bila dia lari sana sini tapi hati mommy teringin nak pakai high heel macam dulu-dulu dan boleh perahsantan model catwalk. So bila ada Merdeka! Merdeka! Sale mommy jimat sangat sebab Carlo Rino tawarkan diskaun 74%. Bila tunjuk sandal ni kat encik hubby, sekali tengok saja terus dia approved. Tak perlu ayat bunga-bunga dah... 

Carlo Rino


So, korang pun kalau nak shopping untuk diri sendiri, nak belanja isteri/suami, nak belanja girl/boy friend... Inilah masanya. beli barang kesukaan dan idaman dengan harga diskaun. lagi untung jika barangan idaman ada dalam flash sales.

4 comments:

  1. Memang best shopping masa merdeka ni.. Banyak promosi yang hebat2.. Kena ambil peluang ni kalau nak berbelanja

    ReplyDelete
  2. Perhhhh, memang syokkkk ni, Pakcu kalo diberi peluang shoping kat lazada tue, memang semua nak borong. kiki, Pakcu jejalan kat blog awak jap done follow

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum.
    Hi..Saya datang follow dulu..
    Nanti datang balik..
    #AfbDotMy
    #AFBians

    ReplyDelete