Jalan-Jalan Naik Komuter ke Padang Besar, Perlis - Cahaya Hayati

3 Aug 2017

Jalan-Jalan Naik Komuter ke Padang Besar, Perlis

Jalan-Jalan Naik Komuter ke Padang Besar, Perlis. Hari sabtu yang lepas, bawa anak-anak jalan ke Padang Besar dengan menaiki komuter. Hajat di hati nak naik ETS tapi masa nak pergi tu tiket untuk ETS tiada. So, naik komuter sajalah. 

Baru mommy tahu yang komuter dari Padang Rengas ke Padang Besar ada setiap jam. hihi

Perjalanan mommy sekeluarga adalah dari Bukit Mertajam. Station paling dekat dengan rumah. Dari station Bukit Mertajam, tambang yang di kenakan untuk dewasa adalah RM10.50 dan kanak-kanak adalah RM 6. Jimat banyak berbanding bawa kereta ke Padang Besar.

Macam biasa, si Aisy yang tak reti dok diam. Jenuh kepung takut dia terjun ke landasan..
Yang paling teruja adalah anak-anak terutamanya si Aisy. Sikit-sikit nak tengok keretapi... haha.



Tengah cari idea macam mana nak lari dari mommy.. haha

Perjalanan dari Bukit Mertajam adalah pada jam 12.30 tengahari. Sebelum bertolak, kami singgah makan siap-siap di Restoran Pokok Buluh. 

Tak sangka mommy ramai rupanya yang menggunakan perkhidmatan komuter. Ingatkan tak ramai.... Masa pergi ni hanya ada tempat untuk MIL saja. Kami semua berdiri sehinggalah ke mendapat tempat duduk, itupun di station Sungai Petani.


Muka ada senyumlah....

Ammar dah tak larat berdiri... haha

Aisy pula, memang tak reti dok diam dan tak takut walaupun pertama kali menaiki komuter. Gelagat dia sama saja macam dok kat rumah.. Tak caya, korang tengoklah video ini. Panjat sana, duduk atas lantai, siap nak baring lagi..  adoilah anak oi.




Sampai di station Padang Besar dalam pukul 2.15 macam tu. Terus ambil teksi ke kompleks Padang Besar. RM 10 tambang teksi untuk ke sana. 

Sampai-sampai saja terus cari kedai makan. hahaha. Nak minum sebenarnya tapi bila ternampak kat menu ada pulut mangga, pulut durian dan pulut ayam terus rasa nak makan. Niat di hati nak makan pulut ayam tapi tengahari tadi dah makan nasi ngan ayam goreng. So, order pulut mangga sajalah. 

Sedap. RM 6 sepinggan. 

pulut mangga
Pulut Mangga

Lepas makan dan minum, terus ajak anak-anak masuk ke dalam kompleks. Mommy & daddy takdak pun target nak beli barang kat sini. Anak-anak macam biasalah pantang jumpa tempat jual mainan... memang tak gerak la kalau tak beli. 

Aisy yang rambang mata

Ammar peneman Aisy

Beli juga untuk happy kan anak-anak. Aisy beli mainan, kakak Aisya beli beg dan Ammar beli wallet. opps tak lupa juga keychains sorang satu.

Misi selesai pada jam 5 petang. Jom balik!. 

Masa balik, kami mendapat komuter yang tempat duduknya dua-dua. Lebih selesa dan sejuk.  

mommy & ammar
Pada pendapat mommmy, padang besar bukan lagi tempat untuk shopping macam dulu-dulu. Banyak barang dah mahal. Rasanya lagi murah kalau beli kat kedai barangan thai yang buka di shopping kompleks. Pendapat mommy saja tau. 

6 comments:

  1. Betul tu Padang Besar barang makin lama makin mahal..pernah pergi tp pulang dengan tangan kosong..seronoknya anak- anak la kan sebab bukan selalu diorang dapat explore naik kenderaan awam

    ReplyDelete
  2. betul tu SA. Anak-anak yang paling seronok sebab berpeluang menaiki kenderaan awam.

    ReplyDelete
  3. nak ronda-ronda naik komuter bolehlah....isi masa cuti

    ReplyDelete
  4. walaupun dekat dgn alor setar tapi tak pernah try lg naik ketapi ke pdg besar, insyallah one day kena try jgk ni :-)

    ReplyDelete
  5. tak ingat dah.. lama tak pi padang besar ni

    ReplyDelete