Siapa korang? Siapa untuk apa? Hihi.. Siapa korang dalam dunia maya, sebagai blogger atau sebagai media social influencer? Mommy up status ni kat facebook mommy. Ramai yang feedback...
Bagi mommy, mommy lebih selesa menjadi blogger di samping menggunakan media social sebagai penarik. Yer, kalau boleh nak jadi dua-dua tapi kena ukur baju di badan sendiri. Tak besar, muat dan menutup aurat. hehe.. Taklah sebab mommy takut bila claim sebagai influencer, mommy tak terkejar melakukan tanggungjawab yang di amanahkan.
Antara jawapan yang buat mommy tersenyum adalah blogger tepian la, blogger tepi-tepian, blogger bawah tempurung la, blogger lautan dalam la... Macam-macam eh korang ni gelarkan diri korang. Hihi. Mommy dulu pun ada gelaran untuk diri mommy, iaitu blogger sejukbeku. Sebab blog takdak traffik langsung. kahkah.
Bila ramai yang bagi feedback, ada yang serius menjawab soalan, ada yang menjawab tapi dengan ayat penambah yang bikin mommy gelak bila baca.. Apa-apapun korang memang BEST!
Antara yang serius menjawab soalan mommy...ST dan Encik Boss. Claim diri sebagai sebagai blogger lagi best dan biarkan orang yang menilai diri kita sebagai influencer. Kalau kita yang claim diri kita ni influencer tapi sebenarnya tak punnnn. Betul tu.
Lagipun bukan senang nak menjadi influencer sebab makna influencer tu luas dan besar. Bukan setakat gah di FB & IG saja. Kalau boleh kena gah di semua media social seperti twitter, pinterest, wechat dan lain-lain.
Lagi satu, if kita sebagai influencer adakah kita ada pengikut kita sendiri? Sebab apa orang ikut kita? Suka cara kita? Suka style kita? Or suka dengan apa yang kita up di media social? Tepuk dada jawab sendirilah yer...
Antara jawapan yang buat mommy tersenyum adalah blogger tepian la, blogger tepi-tepian, blogger bawah tempurung la, blogger lautan dalam la... Macam-macam eh korang ni gelarkan diri korang. Hihi. Mommy dulu pun ada gelaran untuk diri mommy, iaitu blogger sejukbeku. Sebab blog takdak traffik langsung. kahkah.
Siapapun kita, apapun gelaran kita... janji kita bersemangat, amanah, tidak tamak dan sanggup belajar untuk menjadi yang terbaik. In sha Allah.
blogger suka suki je
ReplyDeletemama ni blogger biasa2 aje, bukan tahap influencer lagi. blogger syok sendiri pun ye gak haha
ReplyDelete