Wajib Ada Stok Makanan Kering - Cahaya Hayati

4 Ogo 2017

Wajib Ada Stok Makanan Kering

Sebungkus dua bihun wajib ada stok di rumah kalau tiba-tiba ada tetamu berkunjung ke rumah. Macam semalam, tengah-tengah joging kat lorong rumah tetiba nampak kereta berhenti. Eh, mak saudara sebelah suami rupanya. Haha.

Encik suami pula takdak kat rumah. So, zass masuk dapur. Keluarkan apa yang patut, rendam bihun, potong sayur dan racik bawang. Lima belas minit lepas tu dah siap tumis. 

Dalam setengah jam dah siap bihun goreng simple dari mommy. Alhamdulillah rezeki tetamu malam tadi.



Itulah pentingnya ada stok makanan kering kat rumah. Sekurang-kurangnya tetamu di raikan dengan air tangan sendiri. 

Korang macam mana bila tetamu datang mengejut? Masak sendiri atau beli dari kedai? Mommy pula, kalau encik suami ada di rumah, serah kepada encik suami sama ada nak masak atau beli dari kedai. Senang! Dan terima kasih juga kepada suami yang memahami mommy yang bekerja.

8 ulasan:

  1. saya pun sama,kena ada makanan kering ni,mana tau kan ada tetamu tiba-tiba...tak pun perut lapar time petang2 kan..ada jugak makanan yang nak dibuatnya

    BalasPadam
  2. Samalah..stok makanan kering dan frozen mmg kena ada kat rumah

    BalasPadam
  3. bihun kering sentiasa ada stok..kes-kes macam ni la.. ada lagi satu yang sentiasa ada di rumah..megi..
    JanjiKita

    BalasPadam
  4. bihun mmg kena ada sebab mudah masak.. kat rumah jue banyak ada mee sanggul kering. heheheh

    BalasPadam
  5. betol sgt..bihun wajib kena ada if ada yg dtg tiba-tiba mmg bihun la mangsa :-)

    BalasPadam
  6. Bihun paling senang nak buat stok kan =) stabdby tetamu tiba tiba datang hihi

    BalasPadam
  7. Kalau mama pun masak APA yg Ada Di dapur je. Mmg puas Hati hidang air Tangan sendiri kan

    BalasPadam