Dekorasi Idaman - Cahaya Hayati

16 Ogo 2017

Dekorasi Idaman

Dekorasi Idaman. Setiap diri kaum ibu atau wanita  memang mempunyai hasrat untuk mempunyai rumah idaman atau menghias rumah seperti yang di idamkan. Itupun kalau cukup dan kena dengan budget yang ada. Kalau tiada kita gunakan kreativiti untuk mendeko rumah idaman kitalah. For me, lebih suka deko yang simple, kemas, cantik dan bersih. 

Kat FB, mommy join group FB Kami Suka Deco Deco. Macam-macam dekorasi yang ahli group tersebut kongsikan. Dalam banyak-banyak dekorasi yang di kongsi, mommy terpikat dengan dekoraso, susun atur serta pemilihan warna bagi ruang tamu, ruang makan di bawah. Jatuh cinta terus dan terus pasang hajat di hati suatu hari akan buat dekorasi ini apabila ada rumah sendiri. So, kena keja keras sikit untuk mencapai impian tu...


ruang tamu idaman
Ruang tamu idaman
Gabungan warna yang di gunakan pun sangat mendamaikan. Rasa tenang ja... Warna yang di gunakan pula, adalah putih untuk perabot dan tiffani blue untuk langsir, carpet serta bantal kecil. Gabungan warna pastel yang sangat mendamaikan.


Penggunaan bunga warna putih menampakkan pemilik rumah ini seorang yang simple tapi teliti dalam mendekorasi rumahnya. 

Okaylah layan dulu gambar-gambar yang pemilik rumah ni kongsi di group FB. Mana tahu korang jatuh cinta dan terus mendeko seperti ini. Nanti jangan lupa kongsi gambar naaa....

wing chair
sofa dan wing chair idaman

dekorasi ruang tamu
gabungan dua warna yang menjadikan ruang tamu nampak luas


gabungan warna putih dan tiffani blue

Oh yer, bagi yang tak tahu bagaimana hendak mendeko, korang bolehlah dapatkan EBook Dekorasi Bajet | 77 tips dan teknik dekorasi budget. Siapa yang perlu miliki buku ini? Koranglah. Korang yang nak masuk rumah baru, yang baru renovate, yang nak renovate dan yang sebenarnya kita semua perlu miliki buku ini agar rumah kita sentiasa cantik.



5 ulasan:

  1. Cantiknya..kena tunggu anak- anak membesar..sebab putih susah nak jaga..

    BalasPadam
  2. cantik sngat pastel color ni... apa-apa warna dogabungkan dgn putih mmg cantik..

    BalasPadam
  3. Cantik nya susun atur ni. Warna pun lembut je. Sedap mata memandang dan tenang je rasanya.

    BalasPadam
  4. Betul tu SA. kena tunggu anak-anak membesar dulu. Kalau tak mommy nangis tak berlagu la...

    Kan Sheila Adziz & Ana Suhana. Tu yang menyebabkan saya pun teringin nak buat macam ni..hihi

    BalasPadam
  5. Tanpa NamaOgos 17, 2017

    Color Tu mmg mama suka

    BalasPadam