Mee Kuah Daging - Cahaya Hayati

26 Jan 2016

Mee Kuah Daging

Assalamualaikum wbt.

Dah tengahari rupanya. Perut pun dah mendendangkan irama keroncong.. hehe.

Hari ini nak update menu semalam iaitu mee kuah daging. Dok teringin nak buat dan makan mee kuah ni dah lama tetapi tiada kesempatan. Alang-alang cuti ganti thaipusam, usahakan juga untuk buat. Bila buat sendiri ni terasa kepuasannya. Nikmat tu sampai ke perut. hehe

Resepi yang di kongsikan ini boleh di pelbagaikan bahannya dan mengikut citarasa sendiri. Selalunya akak buat mengikut apa yang ada di rumah. Almaklumlah shopping barang dapur seminggu sekali.

Mee kuah daging
akak gantikan dengan mee segera

Resepi Mee Kuah Daging

Bahan Kuah
Mee kuning - 2 bungkus ( boleh di gantikan dengan koay teow atau mee segera)
1/2 kilo daging rincik - yang siap potong dan ada lemak-lemak tu. Rebus terlebih dahulu
1/2 tin tomato soup - akak guna jenama kimball
3 sudu besar cili  kering kisar
3 sudu besar sos cili
4 Sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk perasa
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sudu minyak masak
garam secukupnya
Air - 2 liter atau guna air rebusan daging

Bahan Sampingan
Sawi
Tauge
Tauhu - di goreng terlebih dahulu
Bawang goreng
Daun bawang
Cili besar merah - di potong nipis


Caranya
Rebus daging sehingga empuk. 

Tumis bawang putih & besar sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan masak sehingga garing.

Tambah air/ air rebusan daging + daging dan masukkan sos cili, sos tiram, tomato soup. Biarkan sehingga mendidih.

Masukkan garam dan serbuk perasa. Rasa. Jika rasa masih kurang sepertimana yang di mahukan.. Tambahlah sos cili, tomato soup, sos tiram atau garam sehingga mendapat rasa yang di hendaki. 

Untuk menghidangkan pula, akak akan panaskan kuah + daging dalam kuali sehingga mendidih. Kemudian masukkan mee dan sayur. Biarkan sehingga masak.  Kemudian angkat dan hidangkan dalam mangkuk. 

Hiaskan hidangan dengan meletakkan tauhu goreng, bawang goreng, daun bawang dan cili merah yang di potong.

Selamat mencuba!

2 ulasan:

  1. haha..resepi ni buatkan pcl ingat nak balik kampung time raya mesti dapat menikmati masakan fav kami sekeluarga tau !

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan PCL. Buat sendiri la ... Lambat lagi nak raya tu.

      Padam