Ketam Lembut Kuala Kurau - Cahaya Hayati

22 Jan 2016

Ketam Lembut Kuala Kurau

Assalamualaikum wbt.

Dari Taiping singgah pula di Restoran JS Mutiara yang terletak di Kuala Gula, Kuala Kurau. Ingin merasakan keenakan ketam sebagaimana yang di viralkan. Untuk ke sini  kami menggunakan google maps. Alhamdulillah google maps bawa kami mengikut jalan yang betul. hehe

Jika tidak menggunakan google maps memang tidak akan jumpa sebab restoran ini kena masuk ke dalam sikit melalui jalan kampung. Tiada tempat parking khas ... Parking di tepi-tepi jalan masuk saja. 

Dah sampai. Restoran di atas air.. Suasana yang tenang. Dari restoran boleh nampak sangkar ikan, udang yang di usahakan oleh penduduk di situ.


Ketika sampai sini, kami masih lagi kenyang dengan pasembur &cendol Bismillah. Jadi, tiada makanan yang berat kami order. Sekadar mee goreng ketam, koay teow goreng ketam, nasi goreng ketam, moi sup ketam dan ketam goreng tepung. 

Rasa ok. Cuma dari segi presentation kurang menyerlah. Biasa sangat. So, memang tak ambik gambar makanan... Harga pula tak dapat nak komen sini sebab encik suami yang bayarkan. Dia cuma kata bolehlahhhhh.. Kalau akak, seafood di sini memang tak boleh lawan yang kat Pulau Pinang. Taste masing-masing kannnnn.

Servis ok sebab ketika kami sampai di sana, memang ramai pengunjung. Maklumlah musim cuti lagi dan tahun baru.

ketam lembut kuala kurau

Aktiviti wajib sementara menunggu makanan, ambil gambar. 


 Dan ada saja gangguan bila mommy ngan daddy nak selfie.. hehe


Itu saja. Tunggu next update... 

3 ulasan:

  1. ala cik T mahal ke murah makan sini :)

    BalasPadam
  2. Ada orang cakap sotf shell ni dorang kopak kulit hidup2.. huhu kesian nak makan.. tp mmg sedap

    BalasPadam
  3. Kari sembilang tuuuuuu. Sedap ke tidak rasa dia CikT?

    BalasPadam