loading...

5 Okt 2015

# Recipe

Sedapnya Nasi Goreng Sotong

Dah tengahari. Perut pun dah bunyi krik krik .. Minta di isi. Terbayang nasi goreng sotong yang di minta oleh Aisya & Ammar. Sebab tu takda sayur... Yang paling penting rasanya yang yummeh. hehe.

Resepi simple dan senang ni dah jadi kegemaran Aisya dan Ammar.

Resepi Nasi Goreng Sotong
Nasi goreng sotong

Resepi Nasi Goreng Sotong

Nasi lebihan semalam
2-3 ekor sotong- dipotong
1 ulas bawang merah kecil
1 ulas bawang putih
1-2 sudu besar cili kisar 
1 sudu besar sos tiram
1-3 biji cili padi (optional- kalau nak pedas la)
1 biji telur - di buat telura hancur terlebih dahulu
Sayuran seperti sawi dan kobis 
Garam secukupnya.
Minyak
Daun bawang
Bawang Goreng


Cara:

Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan masak seketika cili tu. Selalunya sampai berminyak la..

Masukkan sotong dan sos tiram. Biar seketika sehingga sotong masak.

Akhir sekali, masukkan nasi, telur hancur, garam dan sayur. Gaul rata.

Siap. Hidangkan bersama daun bawang dan bawang goreng.


Tips:
Saya suka gaulkan garam dengan nasi terlebih dahulu. Ini adalah agar garam tersebut rata sebelum menggoreng.


Selamat Mencuba Uolls!

6 ulasan:

Amanda Suria berkata...

Cik T...terus rasa nak buat utk sarapan esok pagi la...hehehehehe

khaty aiman berkata...

Sotong memang feveret khaty..buat apapun tetap sodapppp

Jom terjah  DRAMA TV / MOVIE FEVERET | Cabaran7Hari

Hayati Sakaria berkata...

haha.. silakan SA.

Adam berkata...

Nasik goreng memang sedap. Letak sotong bertambah sedap.

raihanah berkata...

sedapnya nasi goreng

nadhie wueen berkata...

aah. memang sedap sangat nampak ni. nyummy2

Pengikut

Google+ Followers

Follow Me @cahaya_hayati292