loading...

6 Okt 2015

# Recipe

Resepi Sambal Sotong

Assalamualaikum wbt

Tayangan untuk menelan ailior sebelum keluar lunch. Hasil air tangan sendiri di hari minggu untuk keluarga tersayang. 

Sambal pekat yang menyaluti sotong. Tambah ubi kentang sebagai sayur sampingan..

sambal sotong mudah dan sedap

sambal sotong sedap

Resepi Sambal Sotong 

600gram sotong ( 6-7 ekor sotong sederhana besar)
1-2 ulas bawang besar - di kisar
2 ulas bawang putih  - di kisar
2 cm halia - di kisar
2-3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tomato/ asam jawa
1 sudu besar sos tiram
gula
garam
minyak


Cara:

Panaskan minyak. Goreng ubi kentang sehingga masak/ garing.

Minyak gorengan tadi (sikit saja), tumiskan bahan kisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar. Masak sehingga pekat dan berminyak.

Masukkan sos tiram, sos tomato, gula dan garam secukupnya. Masak seketika.

Masukkan sotong. Biarkan dan kacau sekali sekala sehingga sotong benar-benar masak dan sambal menjadi pekat. Kemudian tambahkan ubi yang telah di goreng tadi.

Rasa. Jika semua sudah cukup boleh di angkat dan di hidangkan.

Sedap di makan dengan nasi panas-panas.

Selamat mencuba!

1 ulasan:

Amanda Suria berkata...

Cik T.....alahaiii...menyanyi2 dah perut SA ni ha...sedapnya..gemuk2 sotong tu...

Pengikut

Google+ Followers

Follow Me @cahaya_hayati292