Kek Coklat Mikro, Mudah Dan Sedap

8:00 PTG Cahaya Hayati 4 Comments

Assalamualaikum wbt.

Sudah lama tak buat projek masak-masak dengan anak-anak. Kebetulan Aisy tidur petang pada hari ahad hari tu, Mommy dan kakak Aisya sempatlah membuat kek mikro di mana resepi asal adalah dari sedap tube.
 
First time cuba dah jadi. memang senang sangat sebab guna sudu dan mug saja. Jimat masa dan tenaga. hehe

Mommy masukkan bahan, kakak gaulkan. Lepas tu masuk dalam mikrowave. Ting, lepas 2 minit dah boleh makan. Haih, Tunggu sejuk dulu.. Melecur lidah tu.

Kalau dok hostel pun boleh buat...

Kek mikro
Posing dulu

Resepi Kek Coklat Mikro


Bahan 
2 sudu besar mentega
2 sudu besar cip coklat
1/8 sudu kecil garam
2 sudu besar tepung naik sendiri /
1 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar serbuk koko
4 sudu susu low 

Caranya:

Masukkan mentega dan gula dalam mug. Kacau sehingga sebati. Masukkan telur, garam dan essen vanilla. Kacau lagi.

Masukkan tepung dan serbuk koko. Kacau sehingga sekata. Akhir sekali masukkan susu dan cip coklat. Kacau sehingga sebati.

Masukkan adunan kek tadi dalam mikrowave. Setkan masa selama 2 minit...  

Ting! dah siap. Sejukkan sebelum makan.

kek ni kakak punya... 

4 comments:

anajingga berkata...

wah simple sangat ni cik T, kak ana banyak kali baca dah tapi belum ada kesempatan nak cuba lagi,pasni in shaa allah boleh lah cuba :)

Nabila Syifa berkata...

macam menarik jer..

Mirabeads azi berkata...

takde microwave camne nak buat?...hehe

Shahida Dzulkafli berkata...

Wah.. mudahnya.. Boleh cuba nie..

Pengikut

Google+ Followers