Ayam Rosemary Lemon Bersama Kentang Dan keledek - Cahaya Hayati

9 Oct 2015

Ayam Rosemary Lemon Bersama Kentang Dan keledek

Assalamualaikum wbt

Hari jumaat ni mood kerja  ke laut. Otak pun macam kosong ja. Kerja depan mata macam tak dapat nak selesaikan. Dah la banyak kes yang nak kena settle..pening pening. huhu. 

Bukan hari jumaat ni saja tapi setiap kali jumaat. Sebab badan rasa letih kot... Agaknya nak kena ambil supplement bagi badan rasa segar dan bertenaga sikit. :)

Kali ni akak nak kongsikan resepi Ayam Rosmery Lemon bersama kentang dan keledek. Resepi asal dari blog Laughing Spatula. Akak guna apa yang ada kat rumah saja. Laughing spatula ni banyak guna rosemary fresh. Mana akak nak cari... Jadi akak guna yang kering dan dalam botol saja.


Ayam ni akak marinate siap-siap selepas cuci. Kalau takmo masak pada hari tu... Boleh simpan beku dulu. Nanti defrost saja bila nak masak.


Resepi ayam ni sama saja dengan resepi yang terdahulu. Tengok kat SINI atau cari kat label recipe. Untuk kali ni akak tambah lemon, kentang, keledek dan tomato. Lemon, kentang dan keledek memang akak letak awal-awal sebelum bakar. Lagi 10 minit nak masak, baru masukkan tomato. 

Motif letak kentang keledek dan tomato tu sebab malas nak buat salad atau kentang goreng. Jadi guna kaedah masak semua sekali.


Taraaa!
Dah siap. Makan panas-panas...
Sekali sekala makan keledek bakar sedap la pula...

selamat mencuba!

4 comments:

  1. alahai..seksi plak ayam Cik T tu ha...nanti nak cuba la...

    ReplyDelete
  2. Hahahaha setuju dengan Amanda Suria, seksi peha dia naa..

    ReplyDelete
  3. Sedapnya.. ratah camtu dan makan ngn nasi putih..
    Pergh!! Ohsem..

    ReplyDelete