Asam Pedas Tumis Ikan Duri

5:00 PTG Cahaya Hayati 7 Comments

Assalamualaikum wbt.

Petang-petang camni akak share resepi sajalah. Mana tahu boleh jadi idea untuk korang masak malam ni... :)

Menu tengahari hari sabtu hari tu.. Hari ni baru terhegeh-hegeh nak update..  Janji update dan letak resepi kat sini. Mana tahu, esok-esok dah tua.. Dah berjauhan.. anak-anak pula godek blog mommy cari resepi yang mommy selalu masak. Rindu masakan mommy... :)

Asam pedas tumis ni lebih dikenali sebagai asam pedas melaka. Since akak bukan orang melaka... Akak letaklah asam pedas tumis. Ikan duri tu akak tak pasti pula nama saintifik dia apa. Kalau belah selatan di kenali sebagai ikan mayong kot. Alah ikan yang telur dia bulat-bulat besar tu...

asam pedas tumis

Resepi Asam Pedas Tumis

Bahan-bahan

2 ekor ikan duri
2 batang serai - ketuk
1 kuntum bunga kantan
1 genggam daun kesom
3 sudu besar cili kisar
3-4 sudu besar bawang kisar
1 sudu kecil bawang putih kisar
1 sudu kecil halia - kisar
1 sudu kecil lengkuas - kisar
1 sudu kecil belacan
2 sudu besar minyak
3 keping asam keping
garam secukupnya.

Caranya

Tumis cili kisar sehingga garing. Masukkan bahan kisar.. Masak sehingga wangi dan berminyak..

Tambah air. Masukkan belacan, serai, bunga kantan, daun kesum, garam dan asam keping. Biarkan sehingga mendidih.

Apabila mendidih, masukkan ikan. Masak dengan api kecil sehingga ikan masak/ mendidih sekali lagi.

Siap.  Hidangkan panas-panas.


**** Asam pedas sedap jika di panaskan kali kedua. Lebih terasa bahannya. 

7 comments:

Mardiah Diana berkata...

Salam singgah petang sini....sedapnya asam pedas....

anazarin dotcom berkata...

Singgah sini...boleh cuba nanti..hehehe

anazarin dotcom berkata...

Singgah sini...boleh cuba nanti..hehehe

Inani Hazwani berkata...

Sedapnyaa asam pedas :D

Nazlee Ismail PCL berkata...

emm ikan duri eh.. baru tau nama lain dia ikan mayong. Sedap jugak isi ikan tu kalau dibuat asam pedas...ada gak org tak lalu nak makan ikan jenis ni..macam2 lah alasan .

Amanda Suria berkata...

kenapa SA masuk sini petang2 ni..berbunyi dah perut ku...

Raihanah Ahmad berkata...

sedapnya masakan tu saya minat tapi belum pernah masak sendiri

Pengikut

Google+ Followers