Sizzling Yee Mee Menu Makan Malam Yang Mudah

5:19 PTG Cahaya Hayati 2 Comments

Assalamualaikum wbt.

Dah bosan dengan menu raya? Jom cuba menu ringkas tetapi menjadi kesukaan ramai iaitu Sizzling Yee Mee. Yee Mee ni Cik Ti beli masa bulan puasa hari tu lagi... ingatkan nak masak buat berbuka tetapi tak mendapat sambutan. Jadi, semalam baru masak untuk makan malam kami sekeluarga...  

Sizzling Yee Mee

Bahan-bahannya:
Yee mee - Cik ti guna jenama iman. 
Ayam  - 1 ketul bahagian dada
Cendawan shitake - 5. Di potong 4.
Minyak Bijan - 1 sudu kecil
Kicap Manis
Kicap pekat - tak masukkan sebab tiada stok di rumah.
Sos Tiram
Bawang putih 3 ulas- Di cincang halus. 
Halia - 1 cm. 
3 biji cili kering - dipotong 2 atau 3

 Cara-caranya:

  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak masak dan empuk.
  3. Masukkan 4 cawan air. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air).
  4. Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih dan ayam masak.
  5. Masukkan cendawan.  Biarkan 2 - 3 minit.
  6. Masukkan air tepung jagung. Gaul rata dan kuah akan pekat.
  7. Masukkan minyak bijan, gaul rata. Tutup api.
  8. Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil. Masukkan 1 gulung yee mee, sayur sawi dan pecahkan sebiji telur. Jika perlu, tambahkan lagi kuah. Biarkan mee lembut dan telur separuh masak. Tutup api dan angkat mee. Ulang langkah 8 untuk hidangan yee mee yang lain. Selamat mencuba...

Kuah, Yee Mee dan sayur sawi yang siap untuk di panaskan dalam kuali kecil
Yee Mee yang dah siap di celur dengan air panas.. Tak celur pun tak apa. 
Yee Mee jenama Iman. Support product bumiputera...

2 comments:

Inani Hazwani berkata...

sedapnyaaaa :D

wahh bestnya!!! :D

Pengikut

Google+ Followers