loading...

24 Jul 2015

# CH Daily

Cabaran20Hari ~ Aktiviti Di Pagi Raya

Assalamualaikum wbt.

Dah lambat tapi tetap nak teruskan. Seronok gak buat entry cabaran ni. Banyak mengimbas kenangan dulu-dulu.

Cabaran ke-16 ~ aktiviti di pagi raya.

Biasalah Cik Ti kan anak perempuan sorang dalam keluarga dan menantu perempuan yang pertama.. Banyak yang kena buat.

Pagi-pagi selepas sembahyang subuh, perangat rendang.... hidangkan ketupat bersama kuih muih. Mop lantai lagi sekali...

Pastu siap cantik-cantik. Bermulalah drama air mata.. Ampun maaf di pinta.

aisya & ammar

Sejak kahwin dan ada anak kecik memang tak pernah pergi sembahyang raya.. Tahun ni encik suami pergi dengan anak-anak. In sha Allah untuk tahun akan datang... Cik Ti akan pergi bersama-sama dengan suami dan anak-anak.

Selepas sembahyang raya, kalau beraya di kampung... tunggu rombongan dari surau datang beraya dulu, barulah kami pergi beraya di sekeliling kampung dan rumah saudara mara.

Kalau beraya di Kulim, sama la jugak..beraya di Penang dulu. Pastu baru ke rumah abah mertua...

Itu ja kot, aktiviti Cik Ti di pagi raya..Korang pula macam mana? Cerita la sikit.


4 ulasan:

Inani Hazwani berkata...

comelnya budak berdua tu :)

Khalid Kyle berkata...

Selamat Hari Raya buat Cik Ti sekeluarga :)

Amanda Suria berkata...

Tahun ni SA berjaya kawal perasaan..xde adegan airmata

Hayati Sakaria berkata...

Selamat Hari Raya khalid Kyle

Pengikut

Google+ Followers

Follow Me @cahaya_hayati292