Cara Mudah Khatam Al-Quran Di Bulan Ramadhan - Cahaya Hayati

6 May 2019

Cara Mudah Khatam Al-Quran Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum wbt dan selamat berpuasa. Seperti yang kita ketahui, bulan ramadhan adalah bulan yang berlipatkali ganda pahalanya untuk setiap kebaikkan yang kita lakukan. Bulan Ramadan juga bulan di mana Al-Quran di turunkan. Sebab itulah kita di minta untuk banyak membaca Al-Quran sehingga khatam. Kalau boleh bukan sekali saja. Tahu tak, ada cara untuk khatam Al-Quran di Bulan ramadan ni? Antaranya adalah...

Cara Mudah Khatam Al-Quran Di Bulan Ramadhan
Cara Mudah Khatam Al-Quran Di Bulan Ramadhan


Cara Khatam Al-Quran Di Bulan Ramadhan


1. Join Tadarus

Untuk tadarus, korang boleh join tadarus di surau/masjid yang berdekatan dengan korang. Bagi yang bekerja pula, korang boleh bentukkan kumpulan tadarus sendiri dengan rakan sekerja. Pasti ramai yang mahu join.

Kalau tiada juga, korang boleh join tadarus online. Banyak! Ada yang melalui group whatsapp, ada memelalui group telegram. Yang ni korang kena pandai-pandai cari. Pasti ada.. Kalau tiada, korang wujudkanlah. Pasti ramai yang nak join. In sha Allah urusan yang baik akan di permudahkan.


2. Bentuk Group Tadarus Keluarga

Mommy pasti rakan-rakan mommy ramai yang anak dan besar dan pandai baca Al-Quran. So, bentuklah sendiri group tadarus keluarga kita. Memula tu memang susah sikit tapi kita jadikan ia amalan wajib keluarga. Tambah pahala dan hubungan antara ahli keluarga pun bertambah erat. Yang ni boleh dilakukan ketika solat maghrib sementara menunggu waktu Isyak dan Terawih.


3. Baca sendiri sehingga khatam.

Susahlah sebab i ni duduk sendiri. Menyewa pun sorang-sorang ja.. Lagi senang kita bacalah sendiri sebab ada cara mudah untuk habiskan membaca Al-Quran atau khatam Al-Quran. Formula dia pun mudah..


UNTUK 1 KALI KHATAM, JUMLAH YANG DIBACA :

  • Solat Subuh - 2 helai
  • Solat Zuhur - 2 helai
  • Solat Asar - 2 helai
  • Solat Maghrib - 2 helai
  • Solat Isya' - 2 helai

UNTUK 2 KALI KHATAM :

  • Solat Subuh - 4 helai
  • Solat Zuhur - 4 helai
  • Solat Asar - 4 helai
  • Solat Maghrib - 4 helai
  • Solat Isya' - 4 helai

Nampakkan cara mudah khatam Al-Quran ni? If korang target nak 3 atau 4 atau lebih lagi korang just gandakan muka surat yang korang perlu baca. 

In sha Allah boleh sebab pokok pangkal untuk buat amalan baik ni atas diri sendiri. Antara nak dengan tak saja.. So, jom tingkatkan amalan dan pahala kita. 

No comments:

Post a comment