Kenapa Perlu Al-Mulk Sebelum Tidur? - Cahaya Hayati

4 Oct 2019

Kenapa Perlu Al-Mulk Sebelum Tidur?

Kenapa Perlu Al-Mulk Sebelum Tidur? Assalammualaikum wbt & salam jumaat korang. Hari ni mommy nak share dengan korang kelebihan membaca surah Al Mulk sebelum tidur. Sebelum ni mommy baca tapi waktu baca tu sukahati ja... Tak kira masa janji baca ja. Dah tu bukan setiap hari pulak tu. 

Tapi baru-baru ni mommy terangkan lah kepada Abang Ammar minta di hafal surah Al Mulk ni sekali dengan kelebihannya sebab ini adalah satu surah yang penemuduga akan minta pelajar baca ketika interview untuk kemasukkan sekolah agama. Saja prepare kan abang Ammar awal-awal supaya dia lebih mudah ingat dan semoga dengan menghafal surah-surah dalam Al-Quran, daya ingatan Abang Ammar akan menjadi lebih kuat. In sha Allah. 

So, kalau korang ada target nak anak masuk sekolah agama seperti MRSM UlulAlbab tu, mintalah anak untuk hafal Surah-Surah pendek dan juga Al-Mulk. Dibawah adalah kelebihan-kelebihan membaca/menghafal surah Al-Mulk. 

Kenapa Perlu Al-Mulk Sebelum Tidur?


  • Al-Mulk dapat memberi syafaat bagi orang yang banyak membacanya sehingga ia diampuni dosanya - HR Abu Dawud.

  • Al-Mulk dapat membela orang yang banyak membacanya sehingga memasukkannya ke syurga - HR Thabrani.

  • Sesiapa yang membaca surah Al-Mulk setiap malam, maka Allah menghalanginya dari siksa kubur - HR Nasai.
  • Nabi Saw tidak akan tidur sebelum Baginda membaca surah Al-Sajdah dan Al-Mulk - HR Tirmidzi.


Kenapa Perlu Al-Mulk Sebelum Tidur?, kelebihan surah Al mulk, surah al-mulk, al-mulk, kelebihan baca surah al-mulk, kenapa perlu baca surah al-mulk, benefit of al-mulk, tips anak berjaya dalam pelajaran, tips untuk berjaya dalam hidup,
Kelebihan Surah Al-Mulk

Tips ni mommy dapat dari kawan AJK PIBG sekolah Abang Ammar. Tanya juga, tips2 lain untuk anak berjaya sebab kawan mommy ni tak hantar anak tuisyen kat mana-mana pun kecuali apa yang sekolah sediakan dan dia sendiri yang ajar anak dia. Anak dia pun dal selamat masuk ke MRSM UlulAlbab Kepala Batas. Hebatkan? Antara tips yang di kongsikan adalah:-

  • Pastikan anak membaca Al-Quran setiap hari
  • No television, No handphone & internet. Bukan tak boleh langsung tapi hadkan tempoh penggunaan dari awal tahun sehinggalah tamat peperiksaan. 
  • Pembelajaran anak adalah bersama-sama dengan ibu bapa. Bila anak belajar, ibu bapa perlu belajar bersama. 

Itulah tips yang dikongsikan... Mommy tengah praktikkan tips nombor satu dan nombor 3 kepada anak-anak. Yang nombor 2 tu susah sikit.... 

Apa tips korang untuk anak berjaya dalam pelajaran yer? Kongsilah....

No comments:

Post a Comment