Terima Kasih JPAM Kulim - Cahaya Hayati

6 Jul 2020

Terima Kasih JPAM Kulim

Terima Kasih JPAM Kulim. Cerita semalam. Semalam merupakan hari untuk kemas, membasuh dan lain-lain lagi selepas tinggalkan rumah selama 3 hari 2 malam. Tak sangka ada tetamu yang tak diundang datang mendiami rumah kami. Nasib baiklah suami yang berada atas katil ternampak. Suami habaq kat CH yang ada ular dalam bilik kami tapi CH tak percaya sebab setakat yang CH tau hanya ada tikus saja. Ingatkan ekor tikus. Tanya suami kat mana, dia kata kat belakang almari. Dengan berbekalkan batang mop, CH tolak almari baju... Memang betul ada ular tapi anak ular. Masih kecil dan CH tak confirm ular apa masa tu. 

JPAM Kulim, ular tedung, ular tedung hitam, bisa ular tedung hitam, kesan patukan ular tedung hitam, jpam tangkap ular, ular, ular dalam rumah,
Nampak ekor saja..


Panggil adik CH, sebab dia pernah join JPAM masa duduk kampung dulu. Dia kata dia tak berani.. cehhh. CH ingat nak pukul bagi mati saja tapi adik CH kata, kalau ular dalam rumah jangan pukul. Tak elok. Pantang larang orang tua dulu-dulu. 

Then, call JPAM untuk bantuan tangkap ular tersebut. Tak sampai 5 minit JPAM Kulim pun sampai rumah.. Tak sampai 5 minit juga depa tangkap ular tersebut. staff JPAM inform dekat CH yang ular tersebut adalah Ular Tedung Hitam. 

JPAM Kulim, ular tedung, ular tedung hitam, bisa ular tedung hitam, kesan patukan ular tedung hitam, jpam tangkap ular, ular, ular dalam rumah,
rupa ular tedung yang dewasa..


Walaupun masih anak ular tapi sangat berbisa. Lepas JPAM habaq nama ular saja, terus CH google tentang ular tedung hitam ni... 

JPAM Kulim, ular tedung, ular tedung hitam, bisa ular tedung hitam, kesan patukan ular tedung hitam, jpam tangkap ular, ular, ular dalam rumah,
bisa ular tedung hitam

Bahaya rupanya ular tedung hitam ini kerana semburan bisa jika terkena mata boleh mengakibatkan mata menjadi buta, jika terkena pada luka boleh membahayakan nyawa dan jika kena patuk boleh memberi kesan kepada saraf, darah dan jantung. 

Bila dah tahu tentang bahaya ular tedung hitam ni, syukur sangat-sangat sebab tak jadi apa-apa kat anak-anak yang tidur dibawah malam semalam. yelah dah sampai rumah tengah malam, memang nampak tempat tidur sajalah. Alhamdulillah. 

Apa-apapun terima kasih kepada JPAM Kulim atas kepantasan dan kecekapan mereka. 

2 comments:

  1. Alhamdulillah dilindungi Allah.. Bagus JPAM buat kerja.. cepat dan pantas..

    ReplyDelete
  2. Memang bahaya kalau ular masuk rumah.

    ReplyDelete