RESEPI CHAR KOAY TEOW PULAU PINANG LENGKAP DENGAN PES CHAR KOAY TEOW DAN CILI JERUK - Cahaya Hayati

14 Jul 2020

RESEPI CHAR KOAY TEOW PULAU PINANG LENGKAP DENGAN PES CHAR KOAY TEOW DAN CILI JERUK

RESEPI CHAR KUEY TEOW PULAU PINANG LENGKAP DENGAN PES CHAR KOAY TEOW DAN CILI JERUK. Anak-anak CH memang suka makan char koay teow atau koay teow goreng. Boleh dikatakan tiap-tiap minggu memang akan beli. Bila beli tu terasa duit keluar laju ja sebab harga char koay teow dah naik jadi RM5 sepinggan/ sebungkus. Dulu RM3.50 - RM 4.00 saja... Disebabkan CH nak berjimat untuk penuhkan tabung kabinet dapur, meja study dan wardrobe.. So, CH google la resipi char kuey teow Pulau Pinang lengkap dengan pes char koay teow dan cili jeruk. Simpan di sini dulu. Nanti weekend atau bila free baru CH buat pes char koay teow tu dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak guna, kita ambil dan masak ja.


RESEPI CHAR KUEY TEOW PULAU PINANG LENGKAP DENGAN PES CHAR KOAY TEOW DAN CILI JERUK


RESEPI CHAR KUEY TEOW PULAU PINANG LENGKAP DENGAN PES CHAR KOAY TEOW DAN CILI JERUK, resipi char koay teow, char koay teow mudah dan sedap, koay teow mudah dan sedap, mudahnya masak char koay teow, resepi char koay teow , buat sendiri char koay teow, pes char koay teow, resipi pes char koay teow, resipi cili jeruk, cili jeruk, cara buat cili jeruk, sedapnya cili jeruk, mudahnya buat cili jeruk sendiri, cili, jeruk cili, resipi mudah cili jeruk, penang char kuey teow,
Resepi Char Koay Teow Pulau Pinang Lengkap dengan pes char koay teow dan cili jeruk


Bahan-Bahan 

- 1 kg. kuey teow.
- 7 biji telur.
- 300gm taugeh.
- 250 gm daun kucai
-1/2 kilo udang besar segar bersaiz " A".
- 250 gm Cili giling.
- 5 ulas bawang putih (kupas kulitnya dan ditumbuk kasar/crush dan masukan dalam cili boh).
- 1 cawan minyak masak.
- Sos dan cili jeruk yang kita telah sediakan (rujuk resipi di bawah)


CARA-CARA PENYEDIAAN:

1. Bersihkan udang. Jangan buang kepala dan kulit. Cuma gunting sesungut dikepalanya.

2. Daun kucai dibersihkan dan potong sepanjang 1 inci.

3. Taugeh dibasuh bersih.

4. Panaskan kuali dengan api yang paling keras, apabila kuali mula panas masukkan 2-3 sudu besar minyak masak.Bila minyak panas,masukkan udang sebanyak tiga ekor dan goreng cuma 15- 20 saat saja. Bila kulit udang bertukar warna kemerahan segera keluarkan udang dan asingkan. Matikan api dapur. Minyak goreng udang tadi biarkan dalam kuali..

5. Panaskan kembali kuali, bila minyak mula panas dalam kuali... masukkan 1 sudu kecil cili giling (kepedasan terpulang pada rasa anda) - tumiskan.

6. Apabila cili mula pecah minyak, masukkan segenggam mee kuey teow, sedikit taugeh dan sedikit daun kucai. Jangan biarkan taugeh dan kucai anda melecur dalam proses ini. Masakan perlu pantas dengan api dapur yang keras cuma 3-5 saat sudah mencukupi untuk proses ini.

7. Terus masukkan 2 senduk pes (berkuah lebih) yang telah sediakan ke dalam kuali . Pecahkan telur dan masukkan ke dalam kuali. Apabila telur putih mula menujukkan tanda masak, segera matikan api dapur dan keluarkan kuali dan tuang char kuoy teow kedalam pingan hidang tersedia.

8. Hiaskan diatas char koay teow anda dengan udang goreng tadi dan juga cili jeruk untuk menambahkan kelazatan. Jangan lupa baca komen mamak haji yea.


PENYEDIAAN PES / KICAP ATAU KUAH CHAR KUOY TEOW PULAU PINANG


Bahan-Bahan:

2 liter air panas (setelah mendidih).
1 cawan gula pasir.
3 sudu besar perasa makanan (Aji No Moto).
250 ml (1 cawan) Kicap cair masakan cina.
125 ml (1/2 cawan) Kicap sos ikan berjenama gambar Ikan.
250 ml (1 cawan) Kicap sos ikan berjenama gambar Sotong.

Caranya: 

Adunkan rata semua bahan-bahan tersebut dalam sebuah bekas sehingga gula larut. Pes anda telah sedia.

Anda boleh tambah sos tiram tapi awas dengan kemasinan pes anda yea, maka anda perlu selaraskan bahan-bahan. Anggaran kuantiti bahan-bahan diberikan adalah sebagai panduan untuk perniagaan.

Pes ini digunakan dalam anggaran satu senduk/ 1/2 cawan untuk 1 genggam mee kuoy teow. Anda perlu cuba dulu..berapa anggaran pes yang anda perlukan dengan kuantiti masakan anda. Selebihnya anda boleh simpan dipeti sejuk..boleh gunakan untuk bee hoon goreng biasa atau mee kuning. Anda juga boleh menyediakan Kuoy teow goreng yg kering.

Resepi Jeruk Cili Hijau Muda


RESEPI CHAR KUEY TEOW PULAU PINANG LENGKAP DENGAN PES CHAR KOAY TEOW DAN CILI JERUK, resipi char koay teow, char koay teow mudah dan sedap, koay teow mudah dan sedap, mudahnya masak char koay teow, resepi char koay teow , buat sendiri char koay teow, pes char koay teow, resipi pes char koay teow, resipi cili jeruk, cili jeruk, cara buat cili jeruk, sedapnya cili jeruk, mudahnya buat cili jeruk sendiri, cili, jeruk cili, resipi mudah cili jeruk, penang char kuey teow,
Jeruk Cili Hijau Muda


Bahan-Bahan:

250 gm cili hijau muda.
1 cawan cuka.
4 sudu besar gula.
1/2 sudu kecil garam.
2 cawan air untuk masak cili.


CARA MENYEDIAKAN:

Cili hijau dibasuh dan dipotong (cross cut) mengikut size ketebalan yang dikehendaki. Di rendam dalam air kapur ( sedikit kapur masakan dilarutkan dalam air)..selama 1-2 jam untuk mendapatkan keranggupan dan kekentalan cili. Bersihkan dengan dgn air sekurang-kurangnya 3 X kali sebelum digunakan.

Masak 2 cawan air sehingga mendidih. Bila air mendidih, tutup api dapur.Masukkan cili dalam bekas air mendidih dan kacau rata. Proses perlu buat cepat dalam 20-30 saat saja. Angkat cili dan toskan cili di dalam penapis. Buang air digunakan tadi.

Masukkan Cuka, gula dan garam, dalam bekas stainless steel di atas api dapur yang kecil. Jangan sampai mendidih pulak..suhu yang diperlukan cuma 60-70 darjah centigrade atau cuma nak larutkan garam dan gula dalam cuka. Tutup api dan masukkan potongan cili anda ke dalam campuran air cuka tersebut. Dalam 30-45 minit cili jeruk anda boleh digunakan. Yang berlebihan kita perlu simpan dalam peti sejuk. boleh gunakan selama 1 bulan. Perlu di simpan dipeti sejuk kerana kita tidak gunakan pengawet penghalang kulat.


4 comments:

  1. Sedapnya...fav SA gak ni...

    ReplyDelete
  2. dulu dah opernah try buat.. Masak CKT ni dia kena cepat..kan? kalau lamabt2 macam tak jadi je CKT tu. dia jadi Kuetiaw biasa. hahah

    ReplyDelete