Kali Pertama Rasa Rasam Telur - Cahaya Hayati

2 Apr 2020

Kali Pertama Rasa Rasam Telur

Kali Pertama Rasa Rasam Telur. Bertahun dok Penang dan kahwin dengan orang Penang, tapi ni baru kali pertama CH tergerak hati nak rasa rasam. Tu pun kakak Ipar CH yang masak rasam telur. Semalam CH tag dia kat FB yang post pasal resepi rasam telur, terus hari ni dia masak. Bagusnya adik ipar dia kan?  CH tak nak try lagi sebab tak pernah rasa dan takut rasa dia jadi ntah hapa hapa... 

Sedap rupanya rasam ni sebab dia ada rasa masam, pedas dan berempah sikit. So, lepas ni boleh la try masak macam resepi rasam telur yang viral tu. SIL CH pun guna resepi ni jugak sebab dia kata dah lama tak masak.....

Rasam Telur, resepi Rasam Telur, resepi rasam telur mudah dan sedap, mudannya masak rasam, mudahnya masak rasam telur, sedapnya rasam, rasam, resepi rasam, resipi Rasam Telur, telue, menu telur, resipi rasam telur mudah dan sedap, sedapnya rasam telur, rasam telur viral, resepi mudah dan sedap,
Rasam Telur by my SIL

Resipi Rasam Telur Mudah Dan Sedap 


Bahan-Bahan:

5 Biji Telur (Boleh juga guna ikan talang masin)
1 sudu teh jintan putih biji (Tumbuk)
1/2 sudu teh jintan manis biji (Tumbuk)
1/2 sdt lada hitam (Tumbuk)
2 ulas bawang putih (Tumbuk)
4 ulas bawang merah (Tumbuk)
2-3 tangkai cili kering (potong dlm 1 inci)
1-2 tangkai daun kari
2 ulas bawang merah (mayang halus)
1/2 sudu besar pati asam jawa (atau secukup rasa)
1/2 kiub pati ayam
Sedikit serbuk kunyit (untuk bagi nampak yellowish sket)
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak


Cara-Cara

Tumis hirisan bawang merah hingga garing, masukkan daun kari dan juga cili kering.Tumis sekejap hingga nak bau.

Masukkan bahan kisar/tumbuk tumis hingga pecah minyak dan naik bau.

Masukkan semua bahan kecuali telur.Setelah kuah mendidih,pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam kuah.

Biarkan sehingga telur masak dan kuning telur set (keras sedikit)

Seimbangkan rasa. Tambah garam/gula/perasa (jika perlu).

Dah siap.Tutup api. 

Mmg sesuai dihidangkan dengan nasi putih,ikan masin dan papadom..

No comments:

Post a comment