25 Mommy Blogger Hebat Yang MESTI Korang Follow. Assalamualaikum wbt & hi korang. Sejak berkecimpung secara serius dalam blog, barulah CH tahu yang blog ni ada banyak kategori atau niche. Macam kerjaya juga rupanya. Ada yang niche parenting, lifestyle, kecantikkan, travelling dan banyak lagi. Walaupun mempunyai banyak niche tapi korang kena tahu yang kebanyakkan blogger ni adalah yang bergelar mommy blogger. Kenapa mommy blogger? Sebab blogger ni adalah seorang ibu yang hebat sebab ada yang bekerjaya, menjadi ibu, menguruskan keluarga dan juga seorang blogger yang aktif disamping mampu menjana pendapatan melalui blog. So, jom kenali, baca dan folllow blog 25 Mommy Blogger hebat ni.
25 Mommy Blogger Hebat Yang MESTI Korang Follow
#1 Sis Awa
Merupakan blogger yang CH rasa kagum sebab beliau seorang blogger yang pandai edit blog, pakar tentang SEO dan keywords di samping menguruskan rumahtangga dan 6 orang anak. Sis Awa merupakan blogger yang berasal dari utara tetapi sekarang menetap di pantai timur.
https://www.sishawa.com/ |
Dalam blog, Sis Awa banyak berkongsi tentang parenting, resipi, lifestyle dan juga tips-tips blog seperti seo, adsense dan lain-lain permasalahan blog.
Selain itu, Sis Awa juga merupakan founder BITE MEDIA CONSULTANTS. Dibawah BITE terdapat ramai blogger yang diuruskan dan diberi tunjuk ajar oleh Sis Awa untuk memantapkan lagi ilmu blog sekaligus menjana pendapatan melalui blog.
So, korang yang baru berjinak-jinak dengan blog... Wajib follow blog Sis Awa.
#2 Fadzi Razak
CH admire dengan Fadzi Razak sebab gambar-gambar yang dia ambil semuanya cantik-cantik. Terer giler! Tapi semua tu bukan percuma sebab Fadzi rajin belajar dan sanggup bayar untuk dapatkan ilmu fotography tersebut.
https://www.fadzirazak.com/ |
Kalau follow blog dan FB Fadzi, dia banyak kongsi tentang anaknya yang mana dia ajar berdikari seperti memasak, mencuci dan mengemas rumah ketika masih kecil. Bukan calang-calang mommy ni..
Oh yer, bagi yang masih tak tahu, Fadzi juga merupakan seorang Ghost Writer. So, yang nak dapatkan khidmat ghost writer, bolehlah hubungi Fadzi sendiri.
#3 Azlinda Alin
CH kenali Linda dah lama sejak anak nombor 2 dia kecil lagi dan sekarang dah ada 3 anak. Seorang yang aktif di blog dan media sosial. Bagi yang tak tahu, Blog linda tersenarai dalam TOP 20 Malaysian Parenting 2018 dan tahun 2020. Wah, hebatnya mommy ni!
https://www.azlindaalin.com/ |
Setakat yang CH kenali, Linda merupakan seorang yang boleh buat 2,3 kerja dengan pantas, cekap dan hasilnya tip top.
Sekarang Linda mengusahakan perniagaan kecil-kecilan seperti doorgift murah, yassin murah dan juga agent AIA di samping menguruskan keluarga dan anak-anak.
#4 Mimi Azirah
Kalau korang nak tahu blogger Mimi Azirah ni baru saja lepas berpantang setelah mendapat cahaya mata yang bongsu katanya. Banyak tips penjagaan dalam pantang dan bayi yang di kongsikannya. Selain dari tips keibubapaan yang dikongsi, Mimi juga berkongsi tentang lifestyle, resipi dan kecantikan.
https://www.mimiazirah.com/ |
CH rasa dia mommy blogger yang hebat sebab walaupun dalam pantang, Mimi aktif update blog di samping menjaga anak-anak. Mimi juga adalah wanita yang bekerjaya.
#5 Shalimar Yusof
Blogger pantai timur yang bekerja di AADK. Banyak sharing tentang bahaya penyalahgunaan dadah serta peranan masyarakat dalam membenteras penyalahgunaan dadah. Dengan perkongsian ini, diharapkan lebih ramai akan buka mata dan tahu cara untuk membantu penagih dadah untuk kembali ke jalan yang betul.
https://www.shalimaryusof.com/ |
Mempunyai dua orang anak yang comel dan aktif macam ibunya juga. Antara perkongsian yang menarik yang dikongsi oleh Shalimar adalah tentang lifestyle, kecantikan, resipi dan banyak lagi.
Jom follow Shalimar.
#6 Shamiera Osment
Blogger yang blognya dalam bahasa inggeris. Seronok baca sebab bukan semua orang confident menulis dalam bahasa inggeris. So, boleh belajar bahasa inggeris dengan membaca blog Shamiera ni.
https://www.shamieraosment.com/ |
Selain dari aktif berblog, Shamiera juga merupakan fulltime housewife yang aktif membantu suami dan keluarga menguruskan perniagaan. Bukan calang-calang blogger tau sebab beliau mempunyai pendidikan sehingga peringkat Master.
Jom follow Shamiera Osment
#7 Afizah Rahman
Mengenali Fiza sebagai mommy blogger sebab blog beliau banyak berkongsi tentang keibubapaan. Tentang penjagaan anak sampailah pemakanan anak yang sesuai. Nak tahu banyak tentang parenting, wajib baca blog Fiza.
Selain dari parenting, Fiza juga berkongsi tentang gaya hidup dan kecantikkan. Blog pun cantik,kemas macam tuan dia juga.
#8 Nora
CH baru saja mengenali blogger Nora ataupun leboh dikenali sebagai Izara Qistina. Tapi CH dah terjah dan follow blog Nora. Nora banyak berkongsi tentang sekolah, pendidikan, isu semasa dan juga kecantikkan.
http://www.ummizarra.com/ |
Nora bekerja dengan KPM. Mempunyai 2 orang cahaya mata dan dengar-dengarnya bakal menimang cahaya mata yang ke-3.
So, jom follow blog Nora untuk kenali Nora dengan lebih rapat lagi.
#9 Zaidalifah a.k.a Bonde
Dah lama mengenali Bonde tapi belum pernah bertemu muka lagi. Suka tengok Bonde dan familynya. Sporting semuanya.
https://www.bondezaidalifah.com/ |
Dalam blog, Bonde banyak berkongsi tentang info terkini, novel, cerita mistik dan juga pengalaman traveling.
Jom follow Bonde.
#10 Kak Gojes
Blogger Sabah yang mempunyai 3 orang anak. Banyak berkongsi resepi dari Sabah bah... Nak kenali mencuba resepi orang sabah, bolehlah follow blog Kak Gojes.
https://www.kakgojes.com/ |
#11 Nur Azlina
Baru mengenali blogger ni. Itupun sebab jumpa dalam B.I.T.E.
Merupakan ibu kepada 3 orang anak dan sangat aktif menulis dan berkongsi info tentang kehamilan, kelahiran, resipi dan banyak lagi info menarik yang dikongsikan Azlina di blog.
Baru mengenali blogger ni. Itupun sebab jumpa dalam B.I.T.E.
https://www.ehbelogaku.com/ |
#12 Siti Rohaida
Baru mengenali blogger ni. Itupun sebab jumpa dalam B.I.T.E.
Merupakan blogger Johor yang aktif. Banyak berkongsi tips dan homeschooling di blognya. Selain itu, beliau juga banyak berkongsi tempat makan yang sedap di Johor. So, kalau ke Johor dan mencari tempat makan yang sedap, terjahlah blog Eda ni...
http://kisahsidairy.com/ |
Selain dari blogger, Eda juga menjual buku kanak-kanak. Kalau nak tahu bahan bacaan yang sesuai untuk anak-anak, contactlah Eda. Kalau malu, baca saja blog Eda.
#13 Fiza Aizzawa
CH lebih mengenali blogger Fiza Aizzawa ni di media sosial sebab beliau antara blogger yang aktif di media sosial.
Merupakan ibu muda yang mempunyai 2 orang anak. Banyak berkongsi tentang kecantikan dan percutian keluarga.
Follow blog Fiza Aizzawa untuk mengenalinya dengan lebih dekat.
#14 Alia Farhan
Nak tahu lebih lagi, jom follow blog Alia Farhan.
CH baru saja mengenali dan follow blog & media sosial Alia Farhan. Best sangat sebab ayat blogger ni sangat bersahaja dan sarcastic.
http://www.aliafarhan.com/ |
Blogger Alia Farhan ni banyak berkongsi tentang kehidupan seorang surirumah sepenuh masa, terutamanya bab masakan, beli barang basah kat rumah kat mana, taman mini di balkoni dan juga tentang ulaman serta sayuran. Banyaklah sampai tak tersenarai. Selain itu, Alia juga banyak berkongsi tentang tempat percutian keluarga yang menarik didalam dan luar negara.
Oh yer, blogger ini dulunya seorang Engineer tau tapi memilih untuk menjadi fulltime house wife disamping menguruskan homestay kepunyaannya.
Nak tahu lebih lagi, jom follow blog Alia Farhan.
#15 Eswati Azni
Mengenali blogger Eswati Azni dari Biters group. Ibu anak sorang yang suka makan dan travel ni juga suka dengan gadjet dan teknologi.
Tak rugi follow Blog Eswati Azni.
Mengenali blogger Eswati Azni dari Biters group. Ibu anak sorang yang suka makan dan travel ni juga suka dengan gadjet dan teknologi.
http://modernmumthingy.com/ |
Tak rugi follow Blog Eswati Azni.
#16 Hanny Abdullah
Dah lama follow kak Hanny di blog dan media sosial. Blogger senior dan juga seorang Ibu yang penyayang dan suka berkongsi tentang makanan / restaurant. dan juga resepi masakan beliau.
https://www.diarymama.com/ |
Pssst Kak Hanny ni ada anak perempuan yang cantik macam kak Hanny juga.. Nak kenal anak kak Hanny jangan lupa follow blog kak Hanny ya. hihi
#17 Ajumohit
Blogger lama juga ni tapi mula follow Ajumohit bila join BITE. Dulu tak follow pun tapi bila google ada artikel yang berkaitan dari blog Ajumohit memang CH akan baca. Terutamanya bab breastfeeding sebab dulu kita noob sangat bab-bab breastfeed ni.
http://www.ajumohit.com/ |
Tak rugi follow Blog Ajumohit sebab banyak ilmu yang kita boleh dapat.
#18 Kak Fuzy
Blogger senior juga ni. Merupakan ibu kepada 6 orang anak. Kak Fuzy banyak berkongsi tentang tempat menarik dan juga resipi yang sedap. Disamping itu terselit cerita tentang anak-anak kak Fuzy.
https://www.iamfuzy.com/ |
Oh yer, Kak Fuzy ni rajin join event. So, kalau korang rajin join event mungkin akan jumpa Kak Fuzy dan boleh berkenalan dengannya. Sebelum tu follow dulu blog Kak Fuzy.
#19 Shahada Fauzi
Nak kenal CikSha dengan lebih dekat, jom follow blog Cik Sha.
Merupakan ibu kepada 3 anak dan juga Freelance Designer dari Terengganu. Selain dari freelance designer, CikSha juga menjual coklat yang sedap secara online. Pandai mommy blogger ni mancari duit tambahan. Selain itu, blogger ini juga banyak berkongsi tentang anaknya yang bernama Iman.
https://www.shahadafauzi.com/ |
#20 Sakinah
Blogger Kinah ni CH baru saja kenal dan baru saja follow blognya. Rupanya dia banyak kongsi tentang lifestyle, travel, kecantikan dan juga makanan.
https://www.apekinah.com/ |
Blogger ni bakal menimang cahaya mata yang kedua. Pasti lagi banyak perkongsian tentang anak akan di blog. Tak sabar nak baca..
Jom follow blog Kinah.
#21 Maria Firdz
Blog Maria Firdz ni di tulis oleh suami isteri. Si isteri banyak berkongsi tentang keagamaan, pendidikan, keluarga dan juga hal semasa. Manakala si suami pula berkongsi tentang kereta, cara baiki dan lain-lain lagi berkaitan dengan hal lelaki. Pendek kata, blog Maria Firdz ni macam macam ada..
https://www.mariafirdz.com/ |
#22 MrsPip
Mrs Pip yang CH kenal adalah antara blogger yang rajin buat Giveaway dan hadiah pun lumayan. Selain itu, beliau adalah seorang ibu yang sanggup meninggal kerjaya demi menjaga sendiri 3 orang anaknya.
http://www.mrspip.com/ |
Blog dia juga banyak berkongsi tentang parenting dan lain-lain info yang menarik dan seronok untuk dibaca.
Jom follow blog Mrs Pip.
#23 Adianiez
CH kenal blogger Aida di melalui BITE. Banyak rupanya blogger hebat yang CH belum kenal..
https://www.adianiez.com/ |
Blogger Aida merupakan seorang ibu yang bekerjaya dan mempunyai 3 orang anak. Blogger Aida rajin komen di blog blogger lain tau. Suka berkongsi pelbagai resipi masakan seperti lauk pauk, biskut, kek dan sebagainya.
So, jom follow blog Aida untuk kenal beliau dengan lebih dekat.
#24 Khalisah Hazrin
CH kenal blogger Aida di melalui BITE. Antara yang aktif dalam group BITE.
https://www.khalisahazrina.com/ |
Blogger Khalisah ini merupakan ibu kepada 2 orang anak. Khalisah tidak kurang hebatnya seperti blogger lain. Di blog Khalisah korang boleh baca mengenai kehamilan, kekeluargaan di samping berkongsi cerita tentang anak anaknya.
#25 Mrs Liez
Mrs Liez ni CH lebih kenal di FB. Rajin dia update socmed dan ping entry blog ke FB.
https://www.mrsliez.com/ |
Blog Ms Liez banyak berkongsi tentang keibubapaan dan anak-anaknya, kecantikan, resipi dan juga tempat menarik untuk di lawati. Dengar katanya ramah tapi CH belum pernah jumpa face to face lagi...
So, jom follow blog Mrs Liez untuk kenal beliau dengan lebih dekat lagi.
Inilah 25 Mommy blogger hebat yang mesti korang follow. Nak kenal lebih dekat kena follow blog mereka dan semuanya ahli BITER termasuk CH.
seronok kenal ramai mommy blogger yang hebat hebat di malaysia ni.
ReplyDeletedah follow yayyy
ReplyDeleteSalam kenalan. Dah follow tau!
ReplyDeletesudi-sudikanlah follow blog saya www.bondezaidalifah.com
ReplyDeleteHebat2 semua! Jemput follow blog saya :)
ReplyDelete