Ini Langkah-Langkah Untuk Menjadi Ghostwriter - Cahaya Hayati

19 Oct 2019

Ini Langkah-Langkah Untuk Menjadi Ghostwriter

Susah Juga Nak Jadi GhostWriter ni | Ini Langkah-Langkah Untuk Menjadi GhostWriter. Seminggu dua ni ramai pula yang berminat dan bercita-cita nak jadi Ghostwriter. Tapi korang tahu tak caranya? Mommy sendiri pun baru tahu tentang Ghostwriter ni. Ingatkan cerita hantu omputih tu. kihkih. Rupanya ini adalah salah satu cara untuk blogger/penulis/ freelance writer buat duit.

Langkah-Langkah Untuk Menjadi Ghostwriter, cara menjadi ghostwriter, ghostwriter, ghostwriter malaysia, penulis hantu, penulis hantu di malaysia,  alasan menajdi ghostwriter, cara handak  jadi ghostwriter, langkah demi langkah untuk menjadi ghostwriter,
Ghostwriter


So, sebelum kita pergi lebih lanjut... GHOSTWRITER adalah orang yang menulis apa sahaja yang diperlukan oleh pihak yang mengupah tetapi tidak diberi kredit atau dikenali untuk usaha tersebut. Kiranya kalau penulisan tu berjaya sekalipun, orang tak tahu pun itu adalah hasil usaha anda. Berbaloi ker? Itu terpulang kepada anda sebab dengarnya upah untuk Ghostwriter sangat lumayan. 

Antara kerja-kerja penulisan yang dilakukan oleh Ghostwriter adalah menulis buku, artikel, web copy, berita, teks ucapan dan banyak lagi. 

Tapi orang yang tak terlibat dengan kerja-kerja online atau penulisan, mesti akan terfikir kenapa nak jadi Ghostwriter? Dah la tak dapat credit. Macam tak berbaloi ja... So, inilah sebab-sebab kenapa orang nak jadi Ghostwriter...

Sebab-sebab Kenapa Hendak Jadi Ghostwriter

  • Sangat kompetitif (bayaran tinggi) berbanding perkhidmatan penulisan yang lain. 
  • Tak perlu promosi hasil kerja. Tak perlu publish atau ping untuk orang baca hasil kerja anda.
  • Kurang penyelidikan sebab bahan telah disediakan oleh pelanggan. 
  • Dapat meningkatkan kemhiran komunikasi dan skill interview anda.

Itulah sebabnya geng blogger pakat nak jadi Ghostwriter, tapi bagaimana caranya? Elehhh mommy bukannya ghostwriter pun. Yer tahu tapi mommy just nak kongsi dengan korang hasil pembacaan dan penyelidikan mommy tentang Ghostwriter. Mommy buat semua ni sebab nak tahu pasaran ghostwriter ni tinggi atau tak di Malaysia. Perghhh memang tinggi sebab banyak company memang perlukan Ghostwriter untuk handle blog, website dan juga media sosial mereka. Kenapa tak hire jadi staff jer? Sebab kebanyakkan penulis tak suka masuk office, suka freelance dan buat kerja pada masa dan tempat yang mereka suka. Boleh dapat ilham mencurah-curah gitu.

Langkah-Langkah Untuk Menjadi Ghostwriter, cara menjadi ghostwriter, ghostwriter, ghostwriter malaysia, penulis hantu, penulis hantu di malaysia,  alasan menajdi ghostwriter, cara handak  jadi ghostwriter, langkah demi langkah untuk menjadi ghostwriter,


Langkah-Langkah Untuk Menjadi Ghostwriter


1. Mulakan Dengan Freelance Writer. 

Bagaimana? Buat blog atau website untuk tunjukkan bakat anda. Kalau takut tak memenuhi kehendak pelanggan, boleh sediakan contoh penulisan yang dikehendaki oleh pelanggan. Dari sini juga kemahiran untuk memancing pelanggan diperlukan. 


2. Bekerja Sebagai Freelance Editor

Kalau anda dah jadi penulis blog tapi masih lagi tidak boleh menarik minat pelanggan untuk upah anda menjadi Ghostwriter, sila mohon atau berusaha untuk menjadi freelance editor. Ini kerana setiap penulisan memerlukan seorang editor (proofread) untuk memastikan hasil kerja tersebut cantik dan menarik. 

Jadi editor membolehkan korang dikenali sebab kebanyakkan penulis atau syarikat akan masukkan nama editor di dalam karya tersebut.So, korang akan di kenali ramai. 


3. Projek Penulisan 50,000 Patah Perkataan 

Usaha untuk membuat projek penulisan yang mencecah atau lebih 50,000 patah perkataan. Penulisan ini boleh saja menjadi fiksyen, non fiction, technical, kesihatan atau apa saja... Ramai yang tak sanggup sebenarnya sebab penulisan yang panjang boleh menyebabkan sakit kepala. Malah ada yang tidak mendapat modal balik. 

Tapi kalau tak dikeluarkan modal, mana nak dapatkan untungnya balik. 


4. Mulakan Dengan Menulis Buku Atau Menulis Untuk Orang Lain

Kalau tadi dengan membuat projek penulisan 50,000 patah perkataan, kalau dah boleh tulis 50,000 patah perkataan bermakna bolehlah menulis sebuah buku. Wow kan? Tapi kena tahu juga cara dan teknik menulis terutamanya meletakkan diri kita dalam sesuatu watak. Bila dah boleh letak diri kita dalam watak tersebut, maka kita juga boleh meletakkan diri kita dalam diri pelanggan itu. 


5. Jadi Profesional

Setiap orang boleh claim sebagai ghostwriter tapi bagaimana hendak buktikan? Menurut laman web hubpages.com , bila sampai part nak kena buktikan tu ramai yang terdiam sebab tiada benda yang nak ditunjukkan. Oleh itu, mulakan dengan...

  • Buat website 
  • Profesional email. Bukan email yang berakhir dengan gmail atau yahoo.com yer.. 
  • Business Card. 
  • Aktif di media sosial
  • Anggap kerja kita sebagai business. 

6. Tambah Dan Tingkatkan Pengalaman Anda

Ghostwriter adalah kerja yang kompleks. Pelanggan akan mencari yang lebih berpengalaman dari yang baru nak mencuba. Jadi untuk tambah pengalaman, cuba untuk hantar artikel kepada majalah dan website tertentu. Cuba risik dari majalah yang berada di pasaran Malaysia.. Rasanya mereka memerlukan banyak guest post. 

Dalam pada masa yang sama, pastikan blog anda banyak update tentang ghostwriting termasuklah tentang niche kegemaran. Ini adalah salah satu cara untuk tunjukkan kepakaran anda.


7. Show Off Your Potfolio

Jangan malu-malu nak introduce diri sebagai Ghostwriter. Biar orang mula kenali anda sebagai Ghostwriter sebab dengan dikenali walaupun dari kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan, anda telah membuka peluang untuk mendapat kerja. Bukan itu sahaja, dengan dikenali sebagai ghostwriter... Anda juga boleh menulis kisah mereka dalam website anda. Lagi banyak cerita, lagi banyak pembaca dan mungkin juga akan menarik pelanggan ke website anda. 


8. Cuba Cara Yang Berbeza

Mungkin dengan meniru atau membuat mimik gaya artis kegemaran dapat membuat anda dikenali. Jadi buatlah dan mungkin anda akan dapat jobs dari situ... 


9. Praktik Kemahiran Dan Gaya Customer Support 

Menjadi Ghostwriter atau freelance writer bukan hanya setakat tahu membina ayat sehingga menjadi sebuah karangan, tapi juga sebagai pemilik perniagaan ataupun usahawan. Ini kerana kerja ini lebih menulis kerja orang termasuklah cara untuk deal dengan pelanggan. 

Walaubagaimanapun, anda perlu untuk berbincang dengan orang yang mengupah anda. Apa yang mereka nak, perlukan serta jumlah bayaran yang dikenakan. Bincang sebelum projek bermula. Takut bila projek dah bermula, pelanggan nak tarik diri ataupun anda tak sanggup nak teruskan. 


10. Sentiasa Jadi Penyelidik

Untuk sentiasa berada dalam pasaran penulisan/ ghostwriter, seseorang penulis perlu sentiasa menjadi penyelidik disamping fokus kepada perniagaan dan kreativiti. 

Untuk perniagaan anda perlu mantapkan diri anda tentang harga, tugas pentadbiran, kontrak dan kewangan perniagaan anda. Barulah pelanggan yakin dengan anda.

Untuk kreativiti pula, teruskan menulis dan menonton filem yang menarik. Semakin banyak anda membaca dan menonton filem, semakin bertambah pengetahuan anda berbanding orang lain. 

Jesteru itu, apabila menulis artikel seperti memoir tentang pelanggan anda.. Jangan hanya memberi perhatian kepada situasi mereka, malah mengembangkan suasana yang lengkap. Bercakap mengenai persekitaran fizikal mereka, emosi, pakaian, bahasa tubuh, suara dan fikiran juga, yang mereka ada pada masa itu. Insya Allah anda akan di bergelar penulis profesional. 

Setakat ini saja tentang Ghostwriter sebab mommy tengah cari info lagi bagaimana hendak dapatkan jobs sebagao ghostwriter. Kalau korang tak sabar, sila cari info sendiri ya :D

7 comments:

  1. Haah tertanya juga macamana nak apply job as ghostwriter ni.. Nak juga mencuba..pegalaman menulis mmg ada sbb ada blog.. Hihi..

    ReplyDelete
  2. Kat Malaysia tak banyak rasanya, kalau ada pun mahal mungkin sbb tak ramai freelance kot. Kalau indonesia ada ada tengok, mcm affordable juga nak upah tulis entry ni.

    ReplyDelete
  3. Hahaha, belum capai tahap kemampuan saya nak jadi ghost writer ni ... Nak tulisn seribu patah perkataan pun sakit otak, apatah lagi 50k, boleh pengsan nnt...apapun, all the best semua.

    ReplyDelete
  4. nak jadi ghostwriter kena banyak membaca, kena rajin hihiih

    ReplyDelete
  5. dlu pernah jadi ghostwriter ni tapi terpaksa tarik diri sbb tak sempat nak kjar dateline. mana dengn kerja full time lagi..huhu

    ReplyDelete
  6. WAAAAAAA....besar jugak tanggungjawab nak jadi ghostwriter ni yeaa.... tapi kalau berbaloi apa salahnya kan? ehehehee... Sha lagi laa...kena belajar banyak benda lagi nih

    ReplyDelete
  7. tq share...sedang bljr2 nk jadi ghostwriter jugak

    ReplyDelete