Penginapan Di Ho Chin Minh. Assalamualaikum wbt & salam jumaat korang. Sambung citer Ho Chin Minh lagi. Jangan jemu baca naaa... Untuk penginapan di Ho Chin Minh, mommy book menggunakan booking.com. Senang sebab boleh pilih harga dan baca review tentang hotel tersebut. Disebabkan ini merupakan kali pertama mommy ke sana, jadi pemilihan hotel berdasarkan cerita kawan-kawan yang pernah pergi di samping review yang ada di booking.com. Apa-apapun semua itu sangat membantu walaupun gambaran keseluruhan tentang tempat tersebut masih samar. Apa-apapun sebelum ke sana. wajib booking tempat penginapan dulu.
Penginapan Di Ho Chin Minh
Memula booking hotel lain yang free cancellation. Lepas book review pula dari hotel tersebut ke Ben Than Market berapa jauh, senang tak untuk dapat makanan halal dan macam-macam lagi. Harga memang best sebab 2 malam tak sampai RM 100 pun seorang. Tapi mommy terpaksa cancel sebab jarak ke Ben Than Market dalam 11 minit... Lepas tu, macam jauh dari restoran makanan halal. Cancel dan cari semula hotel di Area Ben Than Market atau Malaysian Street. Ikut cerita kawan-kawan, mereka suggest stay di Than Thu dan Saigon Pink 2. Mommy ingatkan hanya ada 2 hotel tu ja kat area Malaysian Street rupanya ada banyak hotel.
Lepas cancel hotel yang pertama, kami pilih Saigon Pink 2 sebab hotel ni saja yang ada 2 bilik dengan pilihan katil single bed. Yang lain kebanyakkan dah habis dan hanya ada katil queen. Bila travel dengan kawan-kawan, mommy lebih suka katil single sebab lebih selesa dan privasi. Senang nak golek, nak pusing kiri kanan.. Gitu kekdahnya.
So inilah gambar hotel yang kami menginap selama 3 hari 2 malam..
Saigon Pink 2 Hotel |
Masa memula sampai, mommy cari signboard kaler pink sebab nama hotel dia PINK 2, cari punya cari rupanya warna kuning daaa... kahkah. Tapi kira okay lah sebab kaler dia agak menonjol disepanjang Malaysian Street tu.
Lobi hotel ni kecik ja. Setiap tingkat hanya ada 3 pilihan bilik.. Disebabkan kami nak single, kami terpisah tingkat. Takpalah janji hotel yang sama...
Inilah bilik yang kami stay. Tak besar.. Just nice dan selesa untuk sharing dua orang.
Bilik air dan toilet bersih...
Alhamdulillah selesa dan sangat sesuai untuk di inap sebab keluar hotel je ada restoran makana halal, sebaris dengan hotel ada jualan tudung, telekung dan baju. Nun dihujung jalan adalah Chu Tay ataupun Ben Than Market.. Yang ni pun tempat shopping juga...
So, kalau korang nak explore Ho Chin Minh.. mommy memang recommended korang untuk stay tapi sila book melalui booking.com dulu sebab kami dah tanya harga walk in, memang lagi mahal. So, better korang book melalui booking.com terlebih dahulu.
Klik sini untuk booking melalui BOOKING.COM
Kat sini la SA habis beribu beli kain cotton hahaha..sampai bag pun terlebih berat...
ReplyDeletedekat dgn tempat shopping tu..lagi sakan nk shopping. hehe
ReplyDelete