Dari Pulau Pinang Ke Ho Chin Minh. Nak buat entry travel ni bukannya senang.. Rasanya dah banyak kali buat tapi tak pernah habis. So, kali ni try buat. Doakan semoga mommy rajin update blog. Kihkih... Pada hari nak bertolak, masing-masing setuju pergi sendiri. Janji sampai airport pada masa yang dijanjikan. Apabila semua dah sampai airport, barulah self check in menggunakan kios Air Asia.
Dah settle check in, barulah daftar masuk untuk pemeriksaan imigresen dan kastam. Untuk pemeriksaan inilah yang kena pergi airport awal 2 jam. kihkih.. Nampak senang tapi ambil masa apatah lagi musim cuti yang confirm ramai orang akan pergi bercuti.
Alhamdulillah flight kami ke Ho Chin Minh tak delay dan berjalan dengan lancar. Departure dari Penang pada pukul 12.05 tengahari waktu Malaysia dan sampai sana pada pukul 13.00 waktu Vietnam. Ingatkan sejam saja rupanya kena tambah perbezaan masa Malaysia dan Vietnam sejam. Kiranya dalam flight tu dok tahan lapar la juga. Tambah-tambah lagi bila terbau makanan atas flight. hihi..
Sampai Airport Ho Chin Minh dalam pukul 13.30. Sebelum keluar dari Airport tu kena check Imigresen Vietnam dulu. Lama proses kat sini sebab sistem yang digunakan masih manual dan bercampur dengan yang mana orang nak departure dan baru arrival. Yang bestnya kaunter untuk check lebih dari sepuluh kaunter.
Dah settle, terus gerak cari teksi nak ke hotel. Masa keluar tu, kawan mommy sempatlah tanya pada petugas airport cara nak ke hotel. Termasuklah harga teksi. Petugas tu cakap, harga teksi depend pada teksi. Harga tambang bas pula hanya RM4. Siap mention sekali number bus. Memula tu tanyalah dulu harga teksi. Pemandu teksi tanya dari mana? Mommy pun habaqlah dari Malaysia. Terus dia cakap RM50.. Giler punya mahal harga teksi.
Lepas cakap thank you dan tolak tak nak naik teksi, terus kami ke tempat bas dan kebetulan number bas yang petugas tadi cakap ada. So, tanya harga dan tunjuk alamat hotel... terus dia cakap RM4 seorang. Okaylah jimat banyak. Bolehlah fefeling macam backpackers. hahaha.. Masa nak turun nanti, konduktor bas akan cakap nama tempat. Taklah kita terkial-kial nak tahu dah sampai atau belum.
Naik bas ni korang kena jalan sikit untuk masuk ke area hotel di Malaysian Street sebab bas hanya berhenti di jalan utama iaitu depan Hotel New World. Jalan dalam 5 minit tu, dah sampai hotel. Itu pun selepas tanya guard hotel. Itupun macam ayam bercakap dengan itik sebab tak semua orang vietnam tahu berbahasa english.
Oh yer, kami tak beli simkad awal-awal sebab ada yang kata lebih murah jika beli di area hotel. Bagi mommy memang murah la RM20 untuk unlimited data dalam tempoh sebulan. Simkad ni kami beli di Tour Agency - Bismillah. Beli satu saja, pastu buat hotspot jer dengan kawan-kawan yang lain.
Sebelum check in, kami penuhkan perut dulu singgah di restoran Aysah. Depan hotel ja. Lapar punya pasal tak nampak restoran lain dah. kahkah...
Ini lah menu yang kami order.
Kopi Ais Vietnam wajib order. Harga 25000 VND |
Selfie sikit.. |
Seriouslah kopi ais tu memang sedap. Kalah kopi mahal kat Malaysia.. Sambil taip entry ni pun dah terbayang keenakkan kopi ais sana. hahaha...
Mommy punya. Nasi goreng ikan masin letak telur mata... Harga tanpa telur mata 75,000 VND |
Nasi Ayam Vietnam. Harga 75,000 VND |
Nasi goreng udang, Harga 80,000 VND |
Lagi satu menu, Nasi Goreng Pattaya. Terlupa pula nak ambil gambar. Semua menu sedap dan big portion. Lapar punya pasal, memang habis lah walaupun big portion.
Dah keluar dari kedai, sepanjang Malaysian Street tu ada lebih dari 5 kedai makanan halal. hahaha... Korang lapar sampai tak nampak apa dah.
Dah keluar dari kedai, sepanjang Malaysian Street tu ada lebih dari 5 kedai makanan halal. hahaha... Korang lapar sampai tak nampak apa dah.
Dulu masa pi tak banyak tempat makan halal...la ni dah banyak sebab orang malaysia, indonesia selalu turun sana kan....
ReplyDelete