Makan-Makan Di Damiral's Grill Bandar Perda - Cahaya Hayati

22 Mar 2019

Makan-Makan Di Damiral's Grill Bandar Perda

Salam Jumaat korang. Dah lunch? Mommy tak keluar lunch hari sebab pagi tadi buat potluck dengan kawan-kawan office. Masing-masing bawa sorang sikit. Walaupun sorang sikit, lebih banyakkkk. Ni pun dah tak tahu berapa kali ulang. Selagi tak habis makanan, kita makan lagi. Cheat day betul hari ni... Esoklah kita bakar balik. hihi.. Hari ni mommy nak update entry tentang makan-makan di Damiral's Grill Bandar Perda. Dah lama pergi makan tapi baru hari ni nak buat entry.... 

Idea asal untuk makan-makan di Damiral's Grill adalah untuk menyambut majlis persaraan dan perpisahan bagi staff yang akan bersara dan juga tukar unit. Tapi di tukar kepada 'Makan Besar' sebab dua staff chinese nak berbelanja sempena CNY. Love, love banyak kan korang.. Nanti belanja lagi eh!

 Damiral's Grill
 Damiral's Grill

Di Damiral's Grill memang best dan sesuai untuk buat jamuan kecil-kecilan sebab dekorasi tempatnya cantik, service tip top, exclusive dan makanan pun sedap. Yang best, kami di beri pilihan untuk order apa saja yang kami nak. Love lagi untuk both of you.. 

Actually mommy pernah  dah datang sini, first masa sambut anniversary yang keberapa ntah.. 2nd pula masa event office. So, bila tanya kat mana nak buat event... Terus cadangkan Damiral's Grill. Nasib baik semua setuju. 

 Damiral's Grill
Makan-Makan Di Damiral's Grill Bandar Perda

Gambar atas tu semua menu yang di order. Antaranya adalah Chicken Parmiagana Italian Style, BBQ Lamb Shank, Olio Beef Spicy, Shrimp Aglio Olio, Black Pepper Lamb Shank dan juga beef steak. Portion banyak dan besar. Order lain-lain sebab bila makan boleh rasa semua menu yang ada. Pandai tak kami? 

So, closed up 2, 3 menu yang sempat mommy ambil....

Damiral's Gril
Black Pepper Lamb Shank

Damiral's Gril
Olio Beef Spicy


Damiral's Gril
BBQ lamb Shank
Semua menu sedap sangat. Recommended untuk korang yang suka western food, nak sambut hari istimewa dan untuk majlis pejabat. Bagi yang belum pernah datang boleh search guna google maps ni. 


1 comment: