Tempat percutian family kali ini dekat saja. Memang plan nak ke Malaysian Animation Park Studios (MAPS) saja plus jalan-jalan cari makan sekitar Ipoh. Nama saja dok negeri sebelah tapi tentang Ipoh macam tak tahu sangat. Siap sesat lagi kat Ipoh suatu masa dulu🤣. La dah terer dengan bantuan google maps😅. Aktiviti selepas brunch adalah ke MAPS saja..
First time sampai. Giler besar MAPS ni sebab dari tempat parking nak ke studios tu dah dalam 100 meter. Masuk tengahari, panas lit lit. Tahan sajalah. Anak-Anak teruja sampai mommy pun depa tinggai. Laju ja..
Kat dalam MAPS ni ada banyak studio dan tempat makan. So tak perlu risau bila tak dibenarkan bawa masuk apa-apa pun. Cuma siap duit saja.
First tempat yang anak-anak masuk acalah space ship. Ada tempat untuk anak - anak main, info ttg space ship dan juga restoren. Mommy tak explore sangat space ship ni sebab mommy larikan diri ke tandas sekejap🙈.
Keluar saja dari tandas, mommy tengok anak-anak dan daddy depa dah hilang. Rupanya depa dah beratur untuk naik roller coaster. Berani pula budak berdua ni.. Daddy tak naik sebab Aisy tak lepas...
Tiket untuk roller coaster 5 tiket seorang. Satu tiket berharga RM3.
Sementara tunggu kakak dan abang Ammar habis naik roller coaster, kami ke animation studio. Sejuk sikit.. Kat dalam ni ada pelbagai mainan, video game, 3D game dan juga lego serta block untuk anak-anak.. Jangan risau sebab ada banyak tempat duduk yang selesa untuk ibu bapa. Untuk animation studio ni, 3 tiket untuk seorang.
Lepas naik roller coaster, kakak dan abang ammar join masuk animation studio ni. Seronok depa main games yang ada.
Lama juga duduk dalam ni sampai rasa lapar balik. Terus ajak daddy ke Tok Aba Cafe. Nak tengok apa yang menarik. Tak tahu nak makan apa, kami just beli roti aiskrim sorang satu. RM 1.50 saja tapi harga dekat menu kata RM 3 satu. Rezeki kami dapat separuh harga. Kenyang.
Lepas makan, masuk Boboiboy 4D studio pula. Yang ni pun 3 tiket seorang. Duration tayangan boboiboy 4D adalah 15 minit. Sangat berbaloi masuk.. Rasa macam real dan join Boboiboy & the geng mengembara pula.
Habis saja boboiboy 4D, akan keluar melalui cafe Tok Aba yang menjual pelbagai premium item boboiboy. Yang ni pun anak-anak pau juga. Buat kenang-kenangan kata depa. Layan sajalah..
Next, kami ke tempat yang ada aksi stunt dan lain di Stunt Legend Studio tapiiiii tak dak aksi pula pada hari Isnin. Hanya ada pada weekend saja. Frust sikit...
Dah tak boleh tengok aksi stunt, kita bagi anak-anak naik mainan yang depa suka. Habiskan tiket.
Nampak saja macam tak banyak tempat yang kami masuk, tu pun dah sekerat hari. Dari pukul 1 tengahari sampai 6 petang. Berjaya habiskan 60 tiket untuk kami sekeluarga.
Ada banyak lagi studio dan permainan yang kami tak masuk dan dan main. In sha Allah lain kali kita mai lagi..
Kepada yang tak tahu nak bawa anak pi mana-mana masa cuti sekolah, bolehlah mai sini. In Sha Allah anak-anak suka dan seronok..
No comments:
Post a Comment