Zoo Taiping | Mengenali Haiwan Dengan Lebih Dekat - Cahaya Hayati

19 Feb 2019

Zoo Taiping | Mengenali Haiwan Dengan Lebih Dekat

Zoo Taiping | Mengenali Haiwan Dengan Lebih Dekat. Cuti Chinese New Year yang lepas, anak-anak request untuk ke Zoo Taiping. Nak tengok haiwan katanya. Almaklumlah anak-anak mommy ni anak bandar. Tengok ayam pun dah 'perak '. Apatah lagi haiwan-haiwan yang lain. So, ke Zoo Taiping lah kita untuk mendekatkan anak-anak dengan haiwan dan alam semulajadi. 

Port wajib bergambar bila sampai Zoo Taiping. 



Sementara tunggu daddy pergi parking, kita bergambar dulu di port-port yang menarik di sekitar pintu masuk Zoo Taiping. Dah macam-macam style bergambar dah depa buat... Nasib baik depa mau layan mommy. hihi..



Ini pula keluasan dan peta Zoo Taiping. Sangat berguna kepada mereka yang mahu jalan kaki mengelilingi Zoo. Hasrat di hati nak kelilingi Zoo dengan jalan kaki tapi .... So, kita naik kereta api sajalah. 

Tiket untuk dewasa berharga RM 16 seorang dan tiket kanak-kanak ataupun senior citizen berharga RM 8 seorang. 


Pengunjung pun ramai masa kami masuk. Maklumlah sekolah cuti panjang. Masa tunggu train, train yang ke-4 baru dapat naik. Sabarrrr.. Nasib baiklah cuaca di Taiping tak panas. kalau tak mau berpeluh-peluh menunggu train. 

Si Aisy tu pakai jaket sebab nak hoodie juga macam kakak. Pujuk pujuk pun tak nak buka juga. Sukahatilah labuuuu. 


Penat naik train, kita rehat dan minum dulu. Jangan tiru tau kalau korang tengah diet tapi mommy minum gak sebab tergoda dengan air ni. kahkah..


Lepas rehat sekejap, daddy bawak kiddos jalan kaki tengok haiwan yang anak-anak tak puas tengok masa dalam train. Barulah best dan seronok. Dalam kereta asyik dok bercerita tentang haiwan yang depa tengok. Siap nak datang lagi lainkali. Mommy okay ja... 





So, kalau korang tak tahu nak ke mana-mana pada hujung minggu atau cuti sekolah... Bolehlah bawa anak-anak datang sini sambil jalan-jalan cari makan. 

Lepas Zoo, kami terus JJCM. Tempat pilihan makan adalah Pulut Durian Pak Yob. Teringin pulut durian Pak Yob padahal boleh masak sendiri. Feeling dan rasa tu tak sama dengan makan kat kedai. Nanti mommy update tentang Pak Yob Pulut Durian. Tunggu naaa... 

No comments:

Post a comment