Potong Kek Birthday Kakak Aisya Di Seoul City Kulim HiTech. Walaupun Restoran Seoul City Kulim Hi Tech telah di buka pada tahun lepas lagi tapi tak pernah rasa nak pergi. Iyalah mommy bukan penggemar makanan korea tegar. Setakat makan untuk lepas keinginan dan nak tahu makanan korea tu macam mana ja.
So, bila birthday kakak Aisya terus daddy bagi cadangan untuk ke sana kerana Kakak Aisya sekarang dah jadi peminat Drama Korea dan K-Pop. Boleh mengadap komputer layan youtube K-Pop sepanjang cuti sekolah. Korang rasa? Yelah, turun dari mommy gak sebab masa mengandung dia dulu.. Mommy asyik layan K-Drama ja. Tamah-tambah time tu Drama Fullhouse kot.
Potong Kek Birthday Kakak Aisya Di Seoul City Kulim HiTech
Masa nak order ni lawan tengok menu dan lawan tanya nak order apa... Serius tak tahu nak order apa sebab ingatkan konsep dia macam seoul garden. Ada juga set tapi rasa macam tak berbaloi ja. So, orderlah menu ala carte.
Birthday girl request nak makan ramen noodle. Tulah rupa ramen noodle di Seoul City... Rasa so so saja. Better lagi samyang ramen. Ini tekak mommylah. Kalau tekak korang rasa, mungkin sedap kot.
Kongsi makan ramen sebab Ayam Korea Abang Ammar tak sampai lagi...
Ayam Korea Abang Ammar... Buldak namanya. Rasa sedap cuma ayam tu tak berapa masak masa kami makan sebab ada isi yang tak berapa masak.. Ker orang korea makan macam tu? Tekak melayu confirm nak yang fully masak. So, part yang tak masak tu memang tinggal terus lah.
Kimchi, taugeh dan mix vege. Side dish untuk menu yang kita order... Kira menu wajib atas meja lah. Kimchi tu bolehlah di campur dengan ramen noodle ataupun menu lain yang kita order.
Ini lamb bbq rasanya. Sampai mentah tapi nanti pekerja restoran ni akan datang goreng lamb tu dengan cendawan. Sedapppp tapi harga boleh juling biji mata. hahaha... RM 50++ . Nak rasa, orderlah juga. Oh yer, untuk hidangan ni akan sampai dengan nasi + sauce + 3 side dish di atas.
Mommy punya yang dalam pot besar tu. Beef Kimchi stew. First time makan so, tak tau nak rate macam mana. Boleh lah kot sebab dia mai sekali dengan nasi. Harga RM 21++.
Closed up sikit.
Yang ni sedap dan kena dengan tekak. Chicken Dumpling. Order untuk Aisy sebenarnya tapi sebab pedas dan panas black pepper, mommy dan yang lain yang makan...
Mommy memang rekomen korang datang sini kalau korang nak rasa makanan korea. Datang dan rasa sendiri. Then, korang bandingkan dengan restoren korea yang korang pernah pergi. Untuk mommy, seoul garden tetap di hati eh. hahahaha
Sanah helwah Aisya..
ReplyDeleteSemoga menjadi anak yg solehah 😍
Tak pernah lagi merasa makanan Korea kat restoran .. hehe. Tapi Samyang Ramen memang dah pernah makan beberapa kali, itupun sebab anak-anak yang nak mencuba rasa.
ReplyDelete