Kopitiam D'Kulim Restoren Vegetarian Melayu Pertama Di Kulim. Hai korang.. 2 minggu lepas, mommy baru singgah ke kedai vegetarian melayu yang pertama rasanya di Kulim. Selalunya restoran melayu jarang yang into vege. Selalunya more kepada daging, ayam ataupun kedai makan seafood. So, bila ada yang buat restoran vegetarian, rasa teruja nak mencuba...
Di sebabkan teruja, kami pun pergilah mencuba.
Bila masuk saja restoran ni, ia berkonsepkan kopitiam atau kedai makan chinese. Dekorasi pun menarik. Tak percaya, boleh tengok si Aisy yang asyiksuruh mommy tangkap gambar dia..
Ini menu yang ada di Kopitiam D'Kulim. Banyak juga pilihan dan harga pun berpatutan.
Bossku yang paling teruja nak mencuba. Nak try menu lain tapi dah habis so, ambil mee goreng. Sedap.
Ini pula koay teow goreng si Aisy. Tanpa sayur dan tak pedas. Request letak telur mata... Rasa? Sedap.
Kakak Aisya pula try mee kuah. Dia kata sedap... Mommy tak sempat rasapun. Tengok-tengok dah habis. Laju betul makan.
So, korang yang mahu kelainan dan into vegie... bolehlah mai cuba di sini. Ini lokasi Kopitiam D'Kulim.
D'KULIM KOPITIAM
2555, Jln Selasih 2b/1, Taman Selasih, 09000 Kulim, Kedah
No comments:
Post a Comment