Pada jam 9.15 pagi (21/3/2018) mommy menerima panggilan dari 0172286495 dan menyatakan beliau ( Haikal - tidak menyatakan nama penuh) akan datang ke rumah arwah ibu mommy Halimah Binti A.... yang beralamat di ....... , 06400 Pokok Sena Kedah untuk menyita harta benda di alamat tersebut.
Mommy telah bertanya kepada pemanggil dari nombor ini arahan sita ini dari siapa dan dia menyatakan dari mahkamah. Mommy tanya dua tiga kali dan jawapan yang mommy perolehi adalah sama. Apabila pemanggil ini enggan memberi maklumat berhubung soalan mommy, mommy terus meletak telefon kerana mengesyaki pemanggil adalah SCAMMER. Tapi pemanggil ni masih membuat panggilan sebanyak 3 kali lagi untuk menunjukkan dia serius tentang itu. Mommy dah tak jawab selepas panggilan pertama. Malas nak layan...
Mommy mengesyaki Scammer kerana setahu mommy...
- Arwah emak memang tiada hutang dengan mana-mana bank, syarikat telekomunikasi atau membeli kenderaan yang memerlukan pinjaman bank. Harta arwah mak adalah harta warisan. Kalau ada pun dah cover dengan insurans sebab mommy dah terima pampasan insurans tersebut selepas di tolak dengan pinjaman.
- Harta yang hendak di sita tu bukan atas nama arwah emak. Penting ni anak-anak kena tahu harta/rumah tersebut atas nama siapa...
Dari dua perkara ini, mommy dah boleh agak panggilan tersebut adalah scammer. Lagipun secara umumnya untuk menyita harta benda mestilah:-
- Pemberi hutang mestilah mendapatkan penghakiman mahkamah.
- Mahkamah akan suruh penghutang bayar hutang tersebut dalam tempoh 14 hari
- Jika penghutang gagal bayar dalam tempoh tempoh 14 hari, pemberi hutang perlu pergi semula ke mahkamah untuk tindakan kedua iaitu dapatkan writ penyitaan dan penjualan. Peringkat ini barulah perintah baharu dari mahkamah yang membenarkan bailif mahkamah, bukannya peguam atau pihak lain, laksanakan proses penyitaan.
Menurut sumber, Bailif perlu hadir ke premis orang berhutang mengikut notis rasmi memaklumkan satu tarikh khusus untuk memulakan proses menyita. Peguam hanya boleh mengiringi bailif dan proses ini bukannya dengan pecah masuk rumah penghutang. Bailif akan membuat penilaian barang yang boleh disita.
Hanya barang di ruang tamu dan dapur boleh disita, kecuali peti ais, malah bilik tidur juga tidak boleh masuk langsung. Barang yang disita akan dilelong pada tarikh berbeza. Kutipan lelongan akan di tolak dengan jumlah hutang. Baki hutang akan di perolehi melalui cara lain.
Mana-mana pihak sekalipun tidak boleh tampal notis atau pita kuning penyitaan dan lelong pada pagar rumah orang lain mahupun tiba-tiba menghantar lori untuk merampas harta benda penghutang, semuanya dilakukan bailif mengikut prosedur mahkamah menggunakan dokumen rasmi.
Kerajaan juga telah meminda Akta Kebankrapan 1967 dengan meningkatkan kadar hutang dari RM30,000 kepada RM50,000 untuk membolehkan seseorang diisytihar muflis. Maka, orang ramai perlu berhati-hati jika ada panggilan telefon dari agensi pengutip hutang ini kerana mahkamah, polis, Pejabat Peguam Negara mahupun Bank Negara tidak pernah dan tidak akan menghubungi anda melalui telefon. Sebarang urusan rasmi mesti melalui dokumen dan surat rasmi.
So kalau korang tahu jumlah hutang korang tak sampai RM 50K jangan risau sebab korang tak akan di isytiharkan muflis tapi korang still kena bayar jumlah hutang tersebut. Jadi, untuk elak kena SCAM kita kena tahu asas yang menyebabkan kita bangkrap ataupun di sita. Jangan mudah terpedaya atau percaya dengan kata-katan scammer ni. Jangan panik dan siasat dulu... Nak senang pergi saja ke Bank Negara Malaysia sebab di situ ada tersenarai jumlah hutang korang dan dengan siapa korang hutang. Siasat tau.
Apabila menerima panggilan scammer ni, jangan lupa log kepasa MCMC agar MCMC dapat bekerjsama dengan pihak yang berkaitan untuk membenteraskan SCAMMER ni.
mcm2 panggilanbel dpt..setahu mmg xde hutang xberbyr..mls nk angkat nti yg jwb..dari insurans bagai hihi
ReplyDeletekena hati²...
ReplyDeleteselalu juga kena tapi x pernah angkat pun
uish takutnye sis...tq atas maklumat yg sgt2 berguna ni
ReplyDelete