REZEKI - Cahaya Hayati

21 Apr 2017

REZEKI

Assalamualaikum wbt & salam jumaat. Rezeki. Berbicara tentang rezeki memang tak pernah habis dan ada pelbagai cara dan usaha untuk memperolehi rezeki yang tidak putus-putus, melimpah ruah dan berlipat kali ganda. 

Di sini saya share kan nukilan dari Karya : Dr. Huda Bt Dato' Haron untuk peringatan kepada diri sendiri dan juga yang menjengah dan membaca blog mommy. Semoga kita mendapat manfaat dari nya.

tips rezeki,rezeki, cara mendapatkan rezeki yang tidak putus, cara memperolehi rezeki yang banyak, rezeki halal, rezeki yang berlipat ganda, rezeki sempit, tips rezeki, cara mudah memperolehi rezeki yang banyak


Bukan rezeki yang sempit, 
mungkin sedekah kita yg masih semput.

Bukan rezeki yang sedikit, 
mungkin kita yang kuat mengungkit.

Bukan rezeki yg kelat, 
mungkin maksiat kita makin melarat.

Bukan  rezeki terputus putus,
mungkin kita gemar berkeluh kesah dan merintih

Bukan nikmat yang kurang, 
mungkin terima kasih dan syukur kita yang tersangat jarang.

Bukan hidup tidak tenang, 
mungkin solat kita  culas, cacat dan terbelakang.

Bukan rezeki yang tidak cukup,
mungkin Quran kita jarang buka apalagi baca,
kelas ngaji, talaqqi pun tak pegi,
nak hafaz pun jauh sekali, jauh panggang dari api.

Bukan rezeki yang payah, mungkin kita kedekut berdoa,
nak zikir pun asyik lupa,
makin sombong makin angkuh mendabik dada.

Bukan rezeki yang menyimpang *sesat*

Kerana,
Sesungguhnya..
REZEKI...
TIDAK pernah salah alamat.     

Karya : Dr. Huda Bt Dato' Haron         


No comments:

Post a Comment