Hijau - Cahaya Hayati

20 Apr 2017

Hijau

Assalamualaikum wbt & Selamat Hari Bumi uolls. Hijau. OOTD mommy hijau hari ni. Support hari bumi. Korang support tak?


Yang sebenarnya, untuk support hari bumi bukannya hanya memakai baju berwarna hijau. Antara lain adalah dengan tidak menggunakan beg plastik. Lagi baguih jika boleh amalkan membawa bekas makanan atau beg kitar semula sendiri. Tahu tak? Beg plastik mengambil masa selama tiga tahun untuk dilupuskan. Lama kan? 


Selain itu, dengan melakukan kitar semula barangan yang telah dipakai atau digunakan kepada sesuatu yang hijau amatlah di galakkan. Apa yang kitar semula mommy oiii? Contohnya, dengan menggunakan bekas plastik yang tidak dimahukan atau rosak untuk menanam sayur, ulam dan lain-lain. 

Apabila sekitar rumah sudah hijau, janganlah digunakan baja kimia sebaliknya menggunakan baja organik. Apa itu baja organik? bolehlah cari di carian google. Mommy nak cerita pun mommy belum master bab baja organik.

Itu adalah bekas plastik, bagaimana pula dengan kertas? Untuk kertas pula, boleh dijadikan kraftangan untuk hiasan rumah, untuk di jual dan juga untuk aktiviti dengan anak-anak.
Oklah dah banyak laman web yang bercerita atau DIY untuk bahan kitar semula menjadi sesuatu yang awesome. 
Oklah selamat hari bumi uolls. 

No comments:

Post a Comment