Carrie Junior Kini Dengan Pek Isian Mudah Guna - Cahaya Hayati

3 Apr 2017

Carrie Junior Kini Dengan Pek Isian Mudah Guna

Assalamualaikum wbt. Carrie Junior Kini Dengan Pek Isian Mudah Guna

Ibu-ibu semua perasan tak, ada masanya si manja kita tak mahu mandi dan susah nak mandi. Ajak dan suruh berkali pun masih tidak mahu mandi. Pernahkah ibu-ibu semua terfikir kenapa jadi seperti itu? Macam malas mandi. 

Mommy perasan juga, ada masa tertentu bila ajak mandi Aisy tak nak. Kalau mandi pun tapi tak nak sabun... Siap jerit-jerit lagi. Ya Allah hanya disebabkan sabun rupanya. Memilih betul si Aisy ni... Penyelesaiannya bila ke pasaraya, mommy minta Aisy pilihkan sendiri sabun mandi yang dia nak. Nak sabun Carrie Junior rupanya.  Aisy pun seronok dan tak susah nak ajak dia mandi.. Siap ambil segala mainan bawa masuk mandi sekali. 

Dulu, mommy beli hanya time offer. Tapi sekarang mommy hanya beli refill pack atau pek isian semula saja. Senang. Guna saja botol yang lama... Jimat pun jimat. Yang mommy suka tentang Carrie Junior ni adalah 2 in 1 hair & body shampoo. Satu botol saja boleh guna dari rambut sehingga ke kaki. Bau dia pun sangat wangi. Rasa nak cium-cium anak selalu...hehe

Carrie Junior,CARRIE JUNIOR. carrie junior, Carrie Junior Kini Dengan Pek Isian Mudah Guna, CARRIE JUNIOR Baby Bath, CARRIE JUNIOR Refill Packs ,  CARRIE JUNIOR Hair and Body Wash, Baby Bath, Hair and Body Wash, baby shampoo, baby bath, body wash,Tentang CARRIE JUNIOR , status halal carrie junior, rangkain produk carrie junior,


CARRIE JUNIOR

KINI DALAM PEK ISIAN SEMULA, MUDAH GUNA

Selama lebih daripada 20 tahun, CARRIE JUNIOR telah mencipta jenama yang dipercayai dalam pasaran penjagaan diri kanak-kanak yang dirumus khas untuk kanak-kanak dan bayi. Sebagai jenama yang dipercayai dengan inovasi, CARRIE JUNIOR sentiasa mencari cara baru bagi memenuhi keperluan pengguna setia yang sentiasa mengutamakan nilai dan kualiti.

Kos sara hidup yang meningkat telah menyebabkan pengguna mencari alternatif untuk mengurangkan perbelanjaan. Namun bajet yang ketat tidak bermaksud anda perlu mengorbankan keperluan penjagaan diri, terutamanya apabila tiba masa mandi untuk si manja anda.

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia, CARRIE JUNIOR kini menawarkan pek isian semula, suatu pilihan penjimatan kos. Pek isian semula mudah guna, dan menjimatkan ini bukan sahaja khas untuk pengguna setia, tetapi juga sesuai untuk pengguna baru yang ingin mencari produk penjagaan diri buat si manja tanpa perlu berbelanja lebih.

Pek isian semula baharu ini turut membantu memulihara alam sekitar kerana ia mengurangkan keperluan membeli botol mandian baru yang akan meningkatkan pembaziran sisa plastik dan memberikan kesan buruk kepada alam sekitar. Dengan CARRIE JUNIOR Refill Packs, ibu bapa dapat berjimat dan menyelamatkan alam sambil menyediakan si manja dengan kelengkapan peribadi yang terbaik.

CARRIE JUNIOR Refill Packs kini tersedia untuk rangkaian Hair and Body Wash dan Baby Bath.

Pek isian semula CARRIE JUNIOR Baby Bath 500g berharga RM8.90* (Semenanjung) dan RM 9.30* (Sabah & Sarawak) manakala CARRIE JUNIOR Hair and Body Wash terdapat dalam harga RM9.90* in (Semenanjung) dan RM 10.40* (Sabah & Sarawak). Produk CARRIE JUNIOR boleh didapati di gedung-gedung runcit terkemuka, pasaraya hyper, pasaraya, dan farmasi terkemuka di seluruh Malaysia.
*Harga termasuk GST.


Tentang CARRIE JUNIOR 


CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium penjagaan diri si manja yang membantu merapatkan hubungan ibu bapa dengan si manja melalui waktu mandian yang menyeronokkan. Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam bilik mandi.
Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut si manja. Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berasa segar dan bersih sepanjang hari.  Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian. 

Diiktiraf Halal, rangkaian Carrie Junior termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil. Ia juga mempunyai bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak.


No comments:

Post a Comment