Sup Ketam Campur - Cahaya Hayati

28 Dec 2015

Sup Ketam Campur

Assalamualaikum wbt.

Minggu yang tak berapa sihat. Hidung tersumbat, tekak perit dan berkahak. Adoila.. 

Menu yang paling sesuai dengan situasi dan kena dengan tekak adalah menu berkuah sup iaitu sup ketam campur. Tak makan dengan nasi pun takpa, boleh hirup saja. Badan berpeluh dan terasa sikit segar.

Maaflah sebab gambar tak berapa nak cun tapi rasa dia memang ummphh. 

sup ketam sedap dan mudah

sup ketam sedap dan mudah

RESEPI SUP KETAM CAMPUR

Bahan
3 ekor ketam
Pick & mix seafood frozen
2 batang saderi
Sedikit daun sup
2 biji kentang
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
3 biji cili padi (optional)
Garam secukupnya
Minyak untuk tumis
Bawang goreng


Cara
Tumis bawang besar, bawang putih, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga wangi. Masukkan air dan biarkan ia mendidih.

Setelah air mendidih, masukkan kentang dan biarkan sehingga empuk. Tambah garam secukupnya.

Masukkan ketam, saderi setelah kentang empuk.

Masukkan pick & mix setelah ketam hampir masak. Biarkan sehingga mendidih.

Taburkan daun sup dan bawang goreng ketika hidang.


Selamat mencuba!

3 comments:

  1. wah...bestnya...nampak segar sup ketam tu...SA kalau sakit tekak memang amsak sup je la..tp x leh seafood sebab takut terus batuk lepas tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh.. baru tau kalau makan seafood nanti batuk. Nasib baik tak ada apa2.

      Delete