Assalamualaikum wbt
Update khas buat penerima BR1M. Akak tak layak jadi khas buat korang yang layak. Permohonan dan kemaskini dah boleh buat melalui manual dan juga online.
kredit kepada http://br1m.net/ |
Borang Permohonan & Kemaskini BRIM 2016 boleh didapati mulai 5 Disember 2015. Pendaftaran hanya perlu dilakukan kepada yang bukan penerima BRIM pada tahun-tahun yang lepas. Sekiranya anda sudahpun merupakan seorang penerima BRIM, anda hanya perlu memastikan anda telah kemaskini maklumat. Kepada yang gagal dalam rayuan BRIM dan masih tidak mendapat apa-apa wang bantuan, sekiranya syarat baru BRIM 2016 mengizinkan, boleh teruskan dengan pendaftaran baharu.
Disyorkan pemohon baru tahun ini boleh menyediakan maklumat bank akaun untuk isian online. Pemohon yang memberi bank akaun akan dapat wang bantuan terus ke dalam akaun bank semasa tempoh pembayaran. Berbanding dengan yang menerima baucar, pembayaran untuk pemohon jenis akaun bank adalah lebih cepat dan selamat.
Klik link ini untuk permohonan dan BR1M online
BRIM 2016 Online
brim 2016 online
Syarat kelayakan Isi rumah
Telah berkahwinMerupakan seorang tunggal yang mempunyai tanggungan
Seorang janda atau duda yang mempunyai tanggungan ahli keluarga
Warga emas (seorang diri) yang berumur 60 tahun dan ke atas
Syarat kelayakan BRIM Bujang
Seorang yang belum berumahtangga, berumur 21 tahun ke atasGaji kasar tidak melebihi RM2,000 sebulan
Bukan murid/pelajar kepada mana-mana unit pengajian (Murid akan diberi Baucar Buku 1Malaysia – BB1M)
Jumlah bayaran BRIM
1. Bujang yang berumur 21 dan ke atas, berpendapatan tidak melebihi 2 ribu diberi RM4002. Rumah tangga yang berpendapatan kurang dari RM3,000 dibayar RM1000
3. Rumah tangga yang berpendapatan kurang dari RM3,000 ke RM4,000 dibayar RM650
4. Individu yang berada dalam senarai ekasih diber RM1050
Borang BRIM 2016 boleh didapati di tempat-tempat yang dinyatakan di bawah:
Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LDHN)Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri
Jabatan Pembangunan Persekutuan
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Penerangan
Agensi-agensi kerajaan seperti wakil rakyat
No comments:
Post a Comment