Kakak Aisya, Hari Minggu dan Resepi Kebab Roti Gardenia - Cahaya Hayati

9 Jun 2015

Kakak Aisya, Hari Minggu dan Resepi Kebab Roti Gardenia

Assalamualaikum wbt.

Aisya yang ke'boring'an sepanjang cuti sekolah. Tak tahu nak buat apa kat rumah... Dah habis buat homework dan baca buku katanya. Dah tak larat tengok TV dan naik basikal katanya.. Hari-hari balik rumah dia akan ngadu benda yang sama.

Sudahlah duduk kat rumah pun bukan dia reti dok diam. Asyik melompat, main bola, gaduh/gusti dengan Ammar dan naik basikal macam orang yang terlebih vitamin saja.. Duduk diam pun masa baca buku atau tidur saja.

So, hari minggu hari tu dok gaduh sangat boring... Cik Ti pun bagi kerja rumah kat dia. Sapu sawang satu bilik tapi dia  buat satu rumah..Hihi.

Eksaited pula dia. Lepas ni boleh la bagi kerja rumah yang lain... dah boleh di harap dah. Untung mommy ada gegirl macam kakak Aisya.

Sila abaikan pemandangan yang semak. Tengah mengemas la katakan..
Sementara menunggu kakak Aisya sapu sawang, Mommy masak juadah ringkas untuk santapan tengahari. Walaupun ringkas tapi ia menyelerakan.

Udang goreng kunyit bersama kentang.

Sambal tumis ikan temenung lemak

Ikan goreng untuk Aisya & Ammar
Bersama-sama dengan lauk pauk ini, Cik Ti juga sediakan sup suhun dan fucuk. Tapi tu lah tak terambil pula gambarnya. Keterlupaan betul...

Malam pula, cik ti sediakan homemade kebab menggunakan roti gardenia dan daging burger.. Di bakar dalam sandwichmaker. Sedap. Siapa yang tak pernah cuba tu wajib buat kat rumah. Tak perlu beli kat pasar malam dah..

Resepi Kebab Roti Gardenia

Bahan-bahan:
4 keping roti gardenia
2 keping daging burger
5 cm timun ~ di buang biji/ lulur timun dan di potong dadu
1/4 bawang holland - di potong dadu
2 sudu besar mayonis
2 sudu besar sos cili
mozarela cheese

Cara-caranya:
Masak daging burger dalam pan sehingga masak. Potong dadu.
Campur semua bahan yang di potong dadu dalam satu bekas. Masukkan mayonis dan sos cili.. Gaul sehingga sebati.
Letakkan bahan yang di gaul ini atas roti dan letakkan cheese. Letak roti sekeping lagi di atas bahan inti. Selepas itu, bakar menggunakan sandwich maker. Angkat bila sandwich maker menunjukkan lampu hijau yang menandakan sandwich dah siap.

Sedap di makan panas-panas.

5 comments:

  1. hehehe..anak ummul pun sama..nmpk boring duduk rumah...ada jer dia cri keje nak buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. budakbudak ni cepat boring bila dok umah. Mak bapak sekarang kena pandai bg kerja untuk anak-anak.

      Delete
  2. Resepi kebab guna roti gardenia tu best. Nak try nanti =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la Nani. walaupun simple tapi sedap..

      Delete
  3. masak kalo simple tapi air tangan mak.. still meletups hehehe..
    bagusnyaa ada anak dara bleh diharapkan dah.. hehehe.. bleh kasi buat keje lain..

    ReplyDelete