PUASA DAN SABAR - Cahaya Hayati

25 Jun 2015

PUASA DAN SABAR

Assalamualaikum wbt.

Sedikit perkongsian berhubung puasa. Marilah sesama kita memahaminya dan mempraktikkannya untuk sama-sama ke Jannah. In Sha Allah.

Rasulullah s.a.w. bersabda, Allah berfirman, "Setiap amalan anak Adam ialah untuk dirinya kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya, dan sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau al-misk (kasturi)." Hadith Riwayat Bukhari.

Apabila seseorang berpuasa dengan ikhlas maka dia akan bersabar untuk menahan dirinya daripada segala perkara yangg membatalkan puasa. Dia perlu bersabar dengan semua kategori kesabaran. Ada 3 kategori sabar iaitu:

Kategori pertama: Sabar untuk melakukan ketaatan
Kategori kedua: Sabar untuk meninggalkan maksiat
Kategori ketiga: Sabar di atas ujian Allah yang menyakitkan/menyulitkan.

Ketiga-tiga kategori sabar tersebut terdapat di dalam ibadah puasa iaitu bersabar melakukan taat, bersabar meninggalkan maksiat dan bersabar di atas ujian lapar, dahaga dan lemahnya tubuh badan kesan daripada berpuasa.

Bahkan Baginda bersabda dalam sebuah hadith hasan diriwayat oleh Imam Tirmizi, "Puasa itu sebahagian daripada kesabaran." 

Allah berfirman dalam Surah az-Zumar ayat 10, "Sesungguhnya (Dia) memberi ganjaran kepada orang-orang yang sabar dengan ganjaran yang tidak terhitung."

Baginda juga bersabda, "Dan ia (Ramadhan) bulan kesabaran dan kesabaran itu ganjarannya syurga." Riwayat Ibnu Khuzaimah di dalam Kitab Sahihnya.

Ayuh berpuasa, ayuh bersabar, ayuh ke syurga!

No comments:

Post a Comment