Sekilas Pandang Berhubung Puasa Ramadhan - Cahaya Hayati

18 Jun 2015

Sekilas Pandang Berhubung Puasa Ramadhan

Niat Puasa

"Sahaja aku berpuasa pada esok hari dalam menunaikan fardu bulan Ramadan pada tahun ini kerana Allah Taala"


Syarat Wajib Puasa:-


1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (tidak musafir)
6. Suci (daru haid & nifas)
Syarat Sah Puasa:-
1. Islam
2. Berakal & mumayyiz
3. Suci (dari haid & nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadan

Rukun-rukun Puasa:-


1. Orang yang puasa
2. Berniat
3. Menahan diri daripada perkara2 yang membatalkan puasa
Perkara Yg Membatalkan Puasa:-
1. Makan & minum dengan sengaja
2. Memasukkan dengan sengaja benda ke dlm rongga yang terbuka
3. Muntah dengsn sengaja
4. Keluar haid & nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar mani dengan sengaja
8. Bersetubuh (siang hari)

Perkara Sunat Ketika Puasa:-


1. Segera berbuka puasa
2. Berbuka dengan ruthab (kurma basah) / kurma
3. Baca doa
4. Melambatkan bersahur
5. Banyakkan baca Al-Quran, berzikir, berselawat & mbuat amal kebajikan
6. Sentiasa Bersedekah
7. Jauh dari percakapan yg sia-sia & perbuatan yg tidak membawa manafaat

Makruh Ketika Puasa:-

1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-kumur
4. Memasukkan air ke dalam rongga hidung secara berlebihan
5. Mandi yang berlebihan
6. Rasa makanan dihujung lidah
[6/14, 16:59] Zaki-ds 1: Bab Puasa:-
Golongan Yang Wajib Qada' Puasa:
1. Orang sakit yang ada harapan sembuh
2. Orang yang bersafar (bukan krn maksiat)
3. Orang yang kedatangan haid & nifas
4. Orang yang meninggalkan niat puasa
5. Org yang sengaja melakukan perkara2 yang membatalkan puasa
6. Orang yang pitam / mabuk
7. Orang yang sangat lapar & dahaga

Mereka yang Dikenakan Membayar Fidyah Puasa:-


1. Mereka yabg tidak dapat mengqada'kan puasa sehingga masuk Ramadan kali kedua -

(fidyahnya : 1 cupak beras untuk setiap hari yang ditinggalkan di samping mengqada' puasa) bagi setahun tertinggal.

Kalau tidak diqada' sehingga melampaui 2 tahun maka dikenakan 2 cupak tetapi puasa tetap juga 1 hari (tiada tambahan)

2. Orang sakit yang tidak ada harapan sembuh

3. Orang yang terlalu tua & tidak terdaya berpuasa

4. Orang yang ada qada' puasa tetapi meninggal dunia sebelum sempat berbuat demikian. ( fidyah dibuat oleh kerabat si mati / diambil daripada harta pusakanya )

5. Perempuan yang mengandung / yang menyusukan anaknya perlu mengqada puasa & membayar fidyah 1 cupak beras bg setiap hari yang ditinggalkan sekiranya dia meninggalkan puasa kerana bimbangkan anaknya. Tetapi sekiranya dia takut mudarat pada dirinya dia hanya wajib mengqada puasanya.

Kifarat Bersetubuh di Bulan Ramadan:


* Orang yang bersetubuh pada siang hari bulan Ramadan, maka kedua2 suami isteri tersebut perlu mengqada' puasa berkenaan & suami wajib membayar kifarat (denda) seprti:-
1. Memerdekakan seorang hamba mukmin Lelaki/ Perempuan. (sekiranya tidak mampu)
2. Berpuasa 2 bulan berturut2 tanpa terputus (kalau tidak berdaya)
3. Memberi makan kepada 60 org fakir/ miskin.
Bagaimnpun, jika persetubuhan itu dilakukan kerana terlupa, jahil tentang haramnya / dipaksa ke atasnya, tidaklah wajib kifarat.

Tingkatan Puasa:-

1. Puasa Umum - sekadar menahan makan, minum & keinginan berjimak

2. Puasa Khusus - memelihara mata, telinga, lidah, tangan & kaki daripada melakukan dosa selain menahan diri daripada perkara2 di atas

3. Puasa Khusus al-Khusus - merangkumi puasa di atas dan disempurnakan pula dengan puasa hati daripada semua keinginan lahir & batin.

Mereka Yg Dibenarkan Meninggalkan Puasa


1. Orang yang hilang daya upaya sepertu sakit yang apabila berpuasa akan menambahkan keuzuran
2. Orang musafir
3. Orang yang terlalu tua & amat lemah
4. Orang yang tersangat lapar & dahaga
5. Perempuan hamil / menyusukan anaknya yang apabila berpuasa boleh memudaratkan diri / anak yang disusui itu.

No comments:

Post a Comment