Nak Berjaya Sebagai Blogger Mestilah... - Cahaya Hayati

10 Mar 2015

Nak Berjaya Sebagai Blogger Mestilah...

Ohh! Macam tu rupanya untuk berjaya sebagai blogger... Apa yang macam tu? Meh Cik Ti share... Benda baik kena la share kan?

Bagaimana hendak menjadi blogger yang berjaya?

  • Kena ada perkara/ subjek yang ingin di blogkan
Penulis blog mestilah ada subjek yang ingin di blogkan. Tak perlu khusus.. apa-apa pun boleh di blogkan dan ianya menarik dan pembaca tertarik. Kekadang perkara tu biasa saja tapi dengan penggunaan ayat yang bombastik, gambar yang cute,  boleh menarik minat pembaca.
  • Berbeza dari blogger yang lain
Menjadi blogger perlu ada identiti sendiri. Tak perlu tiru gaya blogger yang femes or glamour... Nanti yang mambaca akan jadi muak dan boring sebab dah ada blogger yang beridentiti sebegitu.. Kita ada aura kita yang tersendiri.. Gaya tersendiri. ' UP'kan aura dan gaya kita... In Sha Allah ia akan menjadi ikutan yang lain.
  • Ketetapan/ kekerapan entry
Kekerapan dan ketetapan entry memainkan peranan untuk menarik pembaca.. lebih kerap entry lebih ramai yang terjah. Ini cara bloger sado Ben Ashari. Sehari dia boleh up 3 entry (minimum). Ini menyebabkan follower ingin tahu apa cerita si Ben ni...
Bagi bloger yang menulis novel or cerpen, mereka akan tetapkan entry seminggu or sebulan sekali.. membuat follower ternanti-nanti..
  • Template / wallpaper yang menarik
Template/wallpaper yang menarik juga memainkan peranan. Saya pernah buat entry berhubung template & wallpaper. Boleh baca kat SINI.
  • Indentiti sendiri
Identiti adalah cerminan diri. Blog kita mencerminkan diri kita.. Dalam berblog kejujuran adalah lebih bernilai.. Terbukti kerana pembaca kini pandai menilai sesuatu penulisan. Pembaca tak mahu dan tak perlu penipuan tentang sesuatu. Jadilah diri sendiri...
  • Gambar dan penceritaan
Gambar yang menarik dan gaya penceritaan yang tersendiri mampu menarik minat pembaca untuk singgah dan jadi follower... gunakan teknik fotografi. Gunakan bahasa tersendiri.. bahasa kampung pun boleh 'up' kan blog..  Tak tahu, kena la banyak membaca untuk tambah ilmu. Kita adalah pelajar sehingga ke akhir hayat.